22 January 2011

Kejap Jer

Pejam celik, pejam celik dah hujung minggu. Kejap jer rasanya, Si tecit Auni pun semakin hari, semakin besar dan dah pandai buat macam-macam... Dah pandai main air liur, sembur sana sini, main dan sembang-sembang dengan 'bear-bear' dan 'bobo', rambut pun dah tumbuh banyak dah.

Dan yang terbaru, si Mama bagitau yang Auni nak tumbuh gigi dah. Dia kata ciri-ciri yang ditunjukkan Auni tu tanda-tanda nak tumbuh gigi. Masukkan jari dan gosok gusi, pantang ada yang melintas semua nak diragut masuk mulut dan ruam di pipi. Si Mama cakap lepas buat rujukan dari majalah 'Pa & Ma' edisi bulan ni...

Yela kot kan. Si tecit Auni pun dan 3bulan lebih. Kalu dah tumbuh gigi, habis la semua benda nak di gigitnya, biasa la nak test gigi baru kan... Nasib mama tak nyusu badan, kalau tak mau cedera parah.. haha

Skarang dah pukul 11 pagi, Si tecit masih diulit mimpi lepas bangun menyusu kul 8.30 pagi dan salin lampin Pet Pet dia... Si mama pepagi dah kuar, ada kursus. Petang ni baru abis. Tinggal lah kami dua beranak jer kat umah.

Aktiviti hari ni, bila Si tecit Auni bangun, mandikan dia, bagi susu, letak depan tv bagi si Auni main-main dengan 'bear-bear' dan 'bobo' pastu Si tecit lali-lali dan tido lagi... Hmmm... Nasib baik Auni tak boleh makan lagi, klau tak mau tunggang langgang dapur Si mama dikerjakan aku...

Steril cara kampung jer


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...