Sejak berpindah ke Melaka ni hidup dah kurang sibuk, banyak masa lapang dan dapat merasa cuti hujung minggu. Tak macam dulu, hidup kucar kacir, tidur dan cuti pun tak menentu... Wartawan la katakan, busy memanjang...
Tapi sekarang dah senang lenang. Tak payah nak pikir masalah orang. Yang pentiing ada cuti weekend. Leh luangkan masa bersama Mama & Si tecit Auni. Baru-baru nih kitaorang gi jalan-jalan Pantai Klebang. Saja nak isi masa petang, hirup udara luar. Si tecit memang suka aktiviti outdoor camni selain suka mandi...
Pantai Klebang ni tak popular untuk mandi manda, dia cuma tempat untuk orang riadah, main layang-layang, naik kuda padi, memancing dan tempat muda-mudi bercintan-cintun. hehe... Teringat zaman dating2 dulu.
Tak sah la kalau keluar jalan-jalan tak amik gambar kan... Sekarang memang dah jadi rutin Si Mama akan bawak kamera dalam handbag dia kemana je. Ada angle, pose cantekk Si tecit kitaorang snap la... Thank to technologies, dapat juga abadikan gambar Si tecit... Nanti bila dia dah besar mesti tersenyum bila tengok balik gambar dia tecit-tecit...
Mama Papa & Auni
No comments:
Post a Comment