"Ayik mama je update blog nih, papa bila plak", monolog aku sendirian.
Takper la, sebab mama ada kebolehan dan kemahiran mengarang artikel genre santai, diari style dan yang berkisar tentang kehidupan. Tengok saja la blog mama yang satu lagi di <sini>, mama mampu mengulas panjang lebar apa jua isu khususnya yang berkisar tentang kehidupannya.
Aku pula tak berapa pandai menulis genre macam mama, mungkin disebabkan cara hidup, latar belakang dan jantina kot.
Seingat aku yang telah mengenali mama sejak zaman diploma, mama suka baca novel dan selalu meletakkan dirinya sebagai salah satu watak dalam novel yang dibacanya. Kadang kala sampai terbawa ke alam realiti. Ini la salah satu sebab mama mampu untuk menghayati pembacaannya dengan berkesan.
Tak macam aku yang sukar untuk menghayati sesuatu karya kerana terlalu bersikap 'mengkaji' daripada menghayati. Mungkin inilah sebab aku selalu berhadapan dengan 'writer's block' iaitu situasi dimana aku ingin menulis tetapi seperti ada 'tabir' yang menghalang.
Untuk menghabiskan sebuah novel pun makan bulan sebab asyik mencari dan memahami fakta daripada rentak yang cuba disampaikan oleh penulis...
"takper la, ni la yang dikatakan 'lengkap melengkapi' dalam kehidupan"
"mesti bosan kalau pasangan memiliki apa yang telah kita ada, tak akan ada la 'knowledge exchange' dan fikiran tidak akan berkembang", bisik hatiku.
Masa berganti masa, hari berganti hari, bulan berganti bulan. Ini bermakna tangga usia juga turut berganjak. Terasa seperti baru semalam aku mengenali, rapat, bercinta dan berkahwin dengan mama.
"pejam celik, pejam celik dah lebih tujuh tahun hati ku telah dimiliki oleh mama", bicara hatiku sambil mulut menguntum senyuman.
Pernah menjadi tajuk perbualan dizaman percintaan ku dengan mama, "nanti kita kawin nak anak berapa orang"?, soalan klise zaman muda mudi.
"paling banyak 4 orang cukup la kot", balas mama dengan jawapan yang juga klise.
Alhamdulillah, sudah lebih setahun aku dan mama mendirikan rumah tangga dan pelbagai pahit jerih yang menjadi rencah kehidupan berjaya kami harungi bersama. Dan sudah semestinya kehadiran si tecik Auni menjadi pengerat hubungan kami sekeluarga.
"terima kasih mama sebab bukan sahaja menjadi isteri yang memahami malah menjadi kawan sejati ku", bait ikhlas yang terbit dari hati tika mata melihat gambar majlis perkahwinan yang tergantung di dinding.
"kring, kring", alarm yang telah aku 'set' di telefon bimbit bersuara yang telah sekaligus menyedarkan aku dari dibuai kenangan indah.
"aduh, dah dekat pukul 6 petang, cepat betul masa berlalu", rungutku sambil memegang kepala yang berpusing-pusing akibat tekanan darah rendah yang menyerang aku sejak dua hari lalu.
Mama masih di tempat kerja, si tecit Auni pula berada di 'sekolah'.
"ok Auni, papa datang jemput pukul 6.30 petang ok", aku bermonolog girang sendirian kerna tidak sabar untuk melihat senyuman si tecit yang berpipi labuh itu.
Mama pula akan pulang pukul 7.30 malam dan sudah tentunya mama pun tidak sabar untuk melihat keletah si tecit Auni.
Tapi jauh di sudut hati mama tersembunyi perasaan gembira yang tidak terhingga untuk melihat wajah suaminya yang tersayang....
No comments:
Post a Comment