Ada apa dengan cinta?
Apa itu cinta?
Ungkapan soalan yang berlegar di mindaku sejurus tersedar dari tidur apabila dikejutkan dengan hentakan kuat kaki si tecit Auni di atas tilam dan disusuli sayup-sayup suara azan subuh yang telah hampir ke penghujung.
Melihat mama di sebelah kiri yang masih dibuai mimpi dan si tecit Auni nyenyak di katilnya di sebelah kananku membuatku tersenyum sendiri.
"inilah yang dikatakan cinta?", bisik hatiku.
"sejuknya, best betul tidur ni", bisikan yang terngiang-ngiang di telingaku yang sudah pasninya syaitan yang cuba menghasut.
Namun ku gagahi jua biarpun tilam empuk itu seolah-olah menarik-narik tanganku untuk terus bermadu asmara bersamanya.
"tak boleh jadi nih, kalau layan mau hanyut aku sampai matahari naik", kata-kata semangat yang terbit dari hatiku.
Demi cinta kepadaNya, godaan syaitan awal dini hari ini nampaknya tidak berjaya. Mungkin makhluk yang diciptakan Allah dari api itu 'frust' kerana operasinya pagi ini tidak membuahkan hasil dan sudah semestinya mereka tidak akan berputus asa dan terus berusaha untuk menyesatkan anak cucu adam.
Masih teringat kata-kata seorang ustaz dalam siri bual bicara yang disiarkan di kaca televisyen bahawa iblis dan syaitan telah berjanji kepada kepada penciptaNya bahawa mereka akan terus menyesatkan anak cucu adam sehinggalah pada hari nyawa terpisah dengan jasad.
Langkah pertama dimulakan dengan perasaan bangga dapat menewaskan godaan syaitan dan sempat menguncup dahi mama sambil berbisik kata cinta ditelinganya.
"cepat bangun subuh", kataku dengan nada manja tanda cinta kepada isteri tersayang.
Sempat juga aku memindahkan si tecit Auni dari katilnya ke katil bersaiz Queen disisi mamanya yang sedang mengeliat seolah sedang bertarung dengan tentera-tentera syaitan yang sedang menyerangnya dari segenap sudut.
"Allahu Akbar", lafaz takbir yang sekaligus membakar syaitan-syaitan yang masih bergantungan di badan ku.
"Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh", salam kedua dilafazkanku selepas selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.
Seraya aku menadah tangan, memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Berkuasa sebagai tanda cinta dan kasihku kepadaNya.
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ya Allah Ya Tuhanku, Engkaulah Maha Berkuasa, Engkaulah Maha Pemurah dan Engkaulah Maha Penyayang. Engkau tetapkanlah rasa cinta, kasih dan sayangku ini terhadap isteriku Siti Nasarah dan anakku Auni Irdina seperti mana cintanya Engkau kepada Nabi Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Ya Allah, berikanlah mereka kesihatan yang baik dan murahkanlah rezeki kami seluarga ..... , Amin", lafazku dengan rendah diri di hadapan Maha Suci Allah.
Langkah kembali diatur ke kamar tidur melihat si tecit Auni sedang berusaha meniarap tetapi gagal. Melihat keletah sang puteri itu, bibirku mengukir senyuman dan terus menghadiahkan satu ciuman mesra tanda cinta kepada anak sulungku.
Sedang memujuk diri untuk tidur kembali, fikiran kembali di awangan.
"cinta ada macam-macam",
"cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada isteri dan anak, cinta kepada kepada ibu bapa, adik beradik dan cinta kepada tanah air", aku bercakap sendirian.
Setiap jenis cinta itu ada keistimewaan sendiri dan ada cara tersendiri untuk kita mendapatkan cinta itu. Cinta sukar untuk didefinisikan dengan perkataan mahupun kata tetapi mampu memperolehinya dengan perbuatan.
Teringat bait sajak Parsi yang dideklamasikan oleh dua wanita dalam filem Ketika Cinta Bertasbih,
"cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mangubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta",
"dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan".
"uuweeekkk", lamunan aku terhenti dan mata yang kuyu bersiap sedia untuk beradu kembali segar bugar dek jeritan si tecit Auni mahu disediakan sarapan pagi.
"ok, sabar Auni, papa tengah buat susu ni", pujukku.
"bancuh 6 skop tau, Auni lapar tu sebab semalam muntah", pinta mama yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja.
No comments:
Post a Comment