23 December 2011

~ Buah Hati Mama&Papa ~

Assalamualaikum.

Dah beberapa bulan rasanya tak update sini. Dok update blog sndiri je. Heee papa pun sama, langsung tak de usaha nak update cerita terkini ttg Auni. Last2 mama le juga yg buat.


:P

Auni skrng dah berusia setahun 2bulan ++. Dah besar dah anak mama ni.. Sejak melepas usia 6bln, terus je rasa masa ni cpt sgt berlalu. Rasa mcm xpuas je menikmati saat2 bersama Auni. Rasa rindu plak masa mula2 dia dok bergolek2 atas tilam, masa dia nak tido pun mesti berdodoi. Skrng ni jgn hrp nak bleh peluk dia, dodoi dia smp dia tido. Dia nak tido sndiri atas katil. Heee.


Kalau mama sibuk juga nak dodoi dan tepuk2 dia, mata dia langsung takmau pejam, lagi bulat ada la.

;)

Vocabulary Auni pun dah bertambah. Dah byk words yg dia bleh sebut walaupun tak berapa jelas. Contohnya bila mama sebut "baju", dia pun akan ikut sebut "baaaajuu" even though sometimes sound like "baaatu".

:P

Baru ni ajar dia sebut word "tesco". Dia pun follow, tp bunyinya "koko". Hehehe. Bila papa tanya, "Auni suka pegi mana???" Dia pun laju2 sebut "koookooo"..

Pastu dah pandai geleng2 atau angguk2 kepala bila mama&papa tanya sama ada Auni nak susu ke, nak sleep ke.. Hehehe. Walaupun kdg2 dia buat kedua2nya, angguk pun ye, geleng pun ye.

:D

Di usia skrng ni, Auni masih belum pandai berjalan sendiri lg. Cumanya dia baru bleh melangkah setapak dua dgn sendiri. Tp kalau berpimpin, dia boleh je jalan. Dia belum stabil lagi nak berjalan sndiri. Walaupun ada je mulut2 yg kata Auni lambat berjalan, tp mama&papa tak kisah. Setiap baby, perkembangannya tak sama kan. Auni lambat berjalan, tp petah berckp (bahasa dia le)..

Gigi pun dah byk dah, siap dah ada sebatang geraham. Hehe patut le asik demam je kan..

Dan dia sgt suka menari. Tiap kali dgr muzik je, terus menari. Hehe comel je! Auni ni pun sgt le peramah. Bwk dia p shopping mall, semua org dia tegur.

:)

Hmmm, alhamdulillah. Seronok mama&papa tgk perkembangan Auni..

13 November 2011

Diari Papa ~ Day 2

Baru dua hari mama tiada, rasa macam dua tahun... Hari ni merupakan hari yang paling mencabar kerana si tecit Auni demam, aku pun demam sama. Boleh di katakan hampir 24 jam dok dalam bilik jer, jelum kepala Auni dengan air asam jawa.. Orang kata baik untuk keluarkan panas dalam badan so aku cuba laa..

Pagi Auni bangun dengan ceria, tapi tak lama. Lepas mandi, main2 kat ruang tamu dia mula merengek. Pegang badan dah panas, terus bawak masuk bilik dan jelum kepala... Masa tu tak tau nak buat apa... Panas badan makin naik, so dalam kul 4 petang aku terpaksa bawak Auni ke klinik..

Masa kat klinik doktor pesan jangan amalkan sangat 'ubat peluru' sebab boleh menyebabkan hati rosak.. Terkejut gak aku, nasib baik la hari ni belum lagi bagi ubat tu. Dia kata untuk cepat baik kena bagi ubat makan juga... Okla, apa boleh buat walaupun pengalaman sebelum ni Auni akan muntah bila masuk ubat ikut mulut.

Jam 8 malam, buat pertama kalinya nak 'sembur' ubat demam guna picagari dalam mulut Auni. Siap dok dalam toilet sebagai persediaan kot muntah.. TAPI, si tecit tu macam suka pulak.. Siap isap2 lagi picagari tu walaupun masa 1st shot ada tanda2 nak muntah. Syukur sangat Auni dapat makan ubat... Bukan satu tapi 3 jenis, demam, batuk & selesema dan antibiotik....

Lebih kurang pukul 9 malam Auni tido mungkin sebab lalok ubat kot... Bermulalah episod menguruskan diri pulak... Demam dan tak lalu makan... Nak makan ubat kot lalok pulak sampai tak sedar kot Auni nangis.. So aku pun makan buah-buahan saja.... Dalam kul 10 camtu, tekak dah loya, perut dan bergelodak, uuuwweeeekkkkkkkkk... Aku muntah pulak... Badan lemah, terus masuk bilik join Auni tido....

~ Banyak belajar erti kesabaran dan kesusahan menguruskan rumah dan anak, tima kasih mama sebab tak pernah merungut selama ni..


12 November 2011

Diari Papa ~ Day 1

Tarikh 11.11.11, maka bermulalah kehidupan aku sebagai 'papa tunggal' selama dua minggu disebabkan mama terpaksa ke Perak mengikuti kursus. Selepas mama bertolak kira-kira jam 10.30 pagi, tinggallah aku dan dan si tecit Auni... Masa tu kira okey lagi, everything under control. Selepas mandikan Auni, makan nasi minum susu dan tidurkan dia, aku pun take over la keja2 mama, basuh pinggan mangkuk, kemas mainan Auni dan siapkan barangan dia untuk ke sekolah..

Jam 2 petang, dengan berat hati aku hantar Auni ke sekolah kerana ada tugasan lain.. Selesai kerja aku jemput Auni lebih kurang 7 malam... Episod kelam kabut pun bermula kerana deadline aku semakin hampir, kurang sejam untuk siapkan dua story liputan lawatan kerja Yang di-Pertuan Agong ke Melaka. Masa yang sama Auni merengek nak susu, nak didodoikan... Selesai uruskan anak dara pengarang jantung, aku sambung kerja macam lipas kudung dan everything settle on time...

Malam pun menjelma, seperti biasa susukan Auni, layan dia main kat ruang tamu dan jamu nasi. Lepas semua selesai, giliran aku pulak nak 'mencekik' selepas seharian sebutir nasi pun tak masuk dalam perut.

TIBA-TIBA, gelak ketawa, rengekan manja si anak dara hilang, suasana sunyi, hanya suara kartun BabyTV jer kedengaran. Paling belakang rupa-rupanya, buah hati pengarang jantung dah tertidur masa bermain doll dia. Kesiannya anak papa, letih main kat sekolah kot...


Selesai makan, angkat la si puteri tu masuk bilik... Selesai lagi satu bab...

Kucupan kasih sayang hinggap di pipi sang puteri dengan iringan doa semoga ceria apabila menjelang pagi seceria mentari. Seperti biasa, jam 4 pagi rengekan si tecit memecah kesunyian minta disusukan sebelum kembali beradu.

Jam 7 pagi tiba-tiba badan aku terasa panas, buka mata kelihatan si tecit baring di atas badan aku. MasyaAllah, panas sungguh badan... Cepat2 aku capai termometer dan check suhu, 39.3 o celcius... Hampir demam panas.. Tidak melengahkan masa, aku sumbat 'ubat peluru' dalam bontot Auni... Alhamdulillah, kira-kira 2 jam selepas tu suhu menurun... Hati kecil berkata, mungkin Auni rindukan mama sebab selalu tidur bertiga, mama, papa dan si tecit Auni...

~ Tak sabar rasanya menunggu kepulangan mama...


13 October 2011

~ Happy 1st birthday Auni! ~

Assalamualaikum.

11hb lepas genaplah umur Auni 1 tahun. Alhamdulillah, dipjgkan umur mama,papa & Auni utk sama2 celebrate it for the 1st time.

:)

Lepas blk keje 11hb tu, mama&papa terus bwk Auni p Jusco. Just belikan sebiji chocolate lava from SR. Saje celebrate kecil-kecilan dlu. Pastu cucuk sebatang lilin kecik. Hee padahal Auni belum pandai nak tiup lilin. Last2 mama yg tiupkan.


For the 1st time jg Auni makan kek coklat. Tp sesudu dua je masuk mulut, lepas tu dia dah takmau. Hehe. Takpela, bagus la camtu kan, sbb mama saje nak bg rasa sikit2 je. Dan kek tu sgtttt la manis. Huhu.

Nanti insyaAllah nextweek baru nak buat makan2 kat nursery Auni.


Smlm p checkup Auni. Dpt injection 3 serangkai.. Nangis juga la dia time inject. Sbb dia mmg tgh mengantuk + lapar so tup2 sakit kena cucuk plak kan. Sian anak mama.

Berat Auni umur setahun ni baru 8.7kg. Ringan sungguh, padahal masa lahir dlu berat kemain. Hehehe. Takpelah, janji anak mama sihat, cerdik & aktif.

Srng ni lasak nya bukan main2.. Punggah sana, punggah sini. Haiihh, rumah tak sempat berkemas, baru 5min mama kemas, dia dah punggah blk. Huhu.. Pastu suka memanjat sana sini. Tp paling dia suka panjat kusyen.

Dah tu, pantang nampak benda2 kecik2, halus2, sume dia amek sumbat masuk mulut. Kdg2 kita tak perasan pn benda tu, dia dlu yg nampak. Tp yg peliknya bila bg makanan, cthnya sepotong buah epal ke, dia tak plak masuk mulut. Dia ramas2, dan buang! Heran kan..

Kdg2 mama ni ter'naik' angin jg la melayan kerenah Auni ni. Tp cpt2 istighfar, sedarkan diri yg anak ni amanah Allah, lgpun dia masih baby lagi, mana reti apa2 kan. So kena ajar baik2, tegur baik2.

Mama selalu berdoa semoga Allah beri mama kesabaran & ketabahan utk besarkan Auni menjadi anak yg solehah. InsyaAllah.


:)

Happy birthday sayang!



P/S: Mama masih confuse, nak bg present apa utk 1st birthday Auni..

14 September 2011

~ Auni 11 Bulan ~

Assalamualaikum.

11hb lepas genap la umur Auni 11 bulan. Time flies so fast!

Lagi sebulan genap la Auni setahun. Tak sbr rasa nak celebrate bday Auni nanti.

:)

Hmm mama agak busy lately, sbb tu dah lama x update blog Auni ni. Biasa la dah hujung2 sem, students pun dah nak final exam. Kelas mmg la dah takde, cuma struggle dok marking plak kan. Bertimbun2 atas meja ofis tu.


Owh back to the topic. Perkembangan Auni 11 bulan ni sgt2 memberangsangkan. Alhamdulillah ya Allah.

Auni dah slalu sgt menyebut patah2 perkataan. Walaupun tak clear apa yg dia cuba sebutkan tu, tp kdg2 terkeluar juga la perkataan2 yg kita familiar. Hehe tp paling obvious tu 'mama', 'papa' la.


Ttg makan plak, so far Auni tak cerewet bab mkn. Apa je kita suapkan, dia akan mkn. Cuma dia tak berapa suka biskut milna rusk tu. Maybe tak sedap kat tekak dia kot. Mcm nasi2, sume dia makan je. Kalau skrng msk bubur nasi kat dia, dah xpayah blend pun takpe. Dia dah boleh kunyah2 sendiri.
:)

Gigi masih lagi 4batang, 2 di atas, dan 2 di bawah. Sgt la suka menggigit mama&papa. Kat bdn papa penuh parut gigitan, cakaran. Semua 'hadiah' dari Auni.

:P

Owh, btw Aidilfitri lepas pun adalah pertama kali mama&papa sambut bersama Auni. Pengalaman yg sgt berharga. Mmg agak kelam kabut beraya dgn anak kecik, tapi happy. Syok je melayan kerenah Auni. Walaupun dia belum pandai main bunga api, belum pandai berjalan, belum pandai minta duit raya dan bersalam, tapi dah cukup rasa happy. Sgt mengujakan. Smpkan mama siap tempah baju kurung utk Auni 2 psg, baju kasual ada 3 pasang. 2 pasang beli, sepasang mamangah bg.
Tima kasih mamangah!

Okela, mama pun dah letih sgt, mama letak sekeping gambar raya Auni k.

:)




P/S: Plan utk birthday celebration Auni next month, insyaAllah.

18 August 2011

~ Auni 10bulan, 7 hari ~

Assalamualaikum.

11hb lepas Auni genap 10 bulan. Tapi, mama lambat update, sbb mls + byk keje. Alasan baik je kan. Hehehe..

Permulaan 10bulan Auni yg kurang best. Nak tau sbb apa??

Sebabnya Auni jatuh katil minggu lepas. Huhu. Perkara yg mama&papa takut2 dah pun terjadi.

Kisahnya camni, sepatutnya Auni akan tdo dalam baby cot. Tapi lately dia mcm tak pandai nak tdo sendiri. Kalau sebelum ni, letak je dia dlm baby cot tu, dia akan tido lah. Skrng ni, nak kena tepuk2 sket, baring bersama dia atas katil (katil mama&papa), baru dia akan lelap. Then baru bleh angkat dan pindahkan dia masuk dlm baby cot.

So malam kejadian, lepas dia dah lelap, mama sengaja xmau pindahkan dia ke dlm baby cot lagi. Saje nak tunggu dia nyenyak. Lagipun mcm kesian je, dia mcm sedap je tido atas katil kan. Mama pun susun la bantal keliling Auni, dgn harapan sebagai benteng la kan.

Tup2, dlm pukul 1pagi, time mama&papa masih asyik tgk TV, terdgr bunyi "gedebush", serentak dgn bunyi Auni meraung. Kuat sgt bunyi benda jatuh tu. Mama tak pk lain dah, terus jerit kat papa "Auni jatuh katil"!! Padahal tak pi tgk lagi apa jadi, dpt agak dah..

Papa pun berlari masuk bilik, tgk Auni dh atas karpet kt lantai dlm keadaan mengiring.

Auni nangis teruk juga la. Ye la, sakit kot weh. Yg mama sedih smp ikut nangis tu sbb mama tgk hidung dan mulut Auni berdarah. Mama panik sgt time tu. Siap rampas Auni dari pelukan papa. Konon nak tenangkan Auni la kan.

Ya Allah, tak dpt digambarkan mcm mana perasaan mama&papa time tu. Sedih sgt tgk Auni dlm keadaan kesakitan. Rasa mcm nak transfer sakit dia tu kt mama.

Hati mama ni berdebar sgt kot2 ada efek kat tulang dia ke apa ke kan..

Auni smp tersedu2 lah lepas dah stop nangis tu. Mama suap susu, dia minum. Kira alhamdulillah la kan, rasanya takde yg serius la kan. Lepas minum susu, mama&papa try picit kaki tgn dia, sume oke je. Kalau dia sakit mesti nangis kan..

Syukur sgt takde apa yg serius, cuma hidung dan mulut berdarah sket. Mungkin sebab dia jatuh muka dulu. So hidung bergesel dgn karpet. Mulut lak sbb kena gigi dia kot. Alahai..

Since dari kejadian tu, mama&papa lebih berhati2 lah. Dan slalu je memantau keadaan kesihatan Auni, aktif ke tak dia. Takut ada efek kat otak ke kan..

Hmm, anak tgh membesar ni, mcm2 lah kan. Auni plak dok galak memanjat sana sini. Dah byk kali dia jatuh terlentang masa memanjat kusyen. Kdg2 tu rasa mcm dah amek langkah berjaga2 dah. Tp dlm beberapa saat, jadi juga. Yela, takkan nak halang dia dari memanjat2 kan. Itu kan slh satu perkembangan dia, dan dia nak belajar explore kan.

Mama&papa cuma kena lebih perhatian kat Auni la. Takleh lepa dah skrng.



P/S: Bertambah manja la si tecit Auni nih. :)

12 August 2011

~ 10 Bulan ~

Assalamualaikum.

Happy 10months my dearest Auni.. Mama sayang Auni.

:)

Every months never miss counting. Hehe. Biasa la anak sulung, terujanya lebih kan.. Walaupun Auni baru je 10 bulan, tapi dah ramai yg dok tanya, bila mama nak kasi adik kat Auni.

Huhuhu..

Mungkin masih awal lagi kot Auni nak ada adik. Mama belum bersedia dari segi mental dan fizikal. So biar la Auni kekal menjadi anak tunggal buat masa skrng. Sekurang2nya dalam tempoh dua tahun ni.

Mama bukannya menolak rezeki, kalau Allah bagi rezeki tu dlm masa terdekat ni, mama terima. Cumanya kalau ditanya mama plan nak dptkan anak kedua ke, jawapannya tak lg la.

:)

Eh2 tercerita pasal mama plak. Sepatutnya pasal Auni la kan. Hehe.

Sejak dua menjak ni, mama realized yg Auni dah kurang selera terhdp nestum. Dia prefer bubur nasi. Dulu nestum 4 sudu besar tu abes la skali makan. Tapi skrng dua sudu besar je dia makan. Tapi kalau bubur nasi, laju je dia makan.

Tu pun tak payah blend dah. Lenyek2 je dgn sudu. Nanti Auni akan gonyeh2 guna gusi dan gigi 4 batang tu.

:P

Makin besar Auni, makin byk kerenahnya yg mama perlu bersbr. Tu la, baru sorg anak. Kalau dah berdua, bertiga, jenuh la mama. Huhu..


P/S: Auni kuat menyebai mcm mama. Huhuhu

05 August 2011

~ 9 bulan 3 minggu ~

Assalamualaikum.

Lamanya mama x update sini. Asik update blog mama sendiri je. Papa lg la, sejak create blog ni, ada la 2,3 kali je dia post entry.

Papa sibuk mengarang news so dah takde mood nak mengarang dlm blog.

:P

Lagi 6 hari Auni akan masuk 10bulan. Anak mama dah besar!

Alhamdulillah Auni sgt aktif (smpai kdg2 mama tension2 manja).. Kalau papa takde, pi keja, mama akan struggle nak masak lagi, mengemas lagi dan kepong Auni. Heee. Jgn taktau, Auni skrng dah pandai memunggah. Kdg2 mama dah kemas elok dah, sume toys dia mama masukkan dalam satu bekas khas.

Tup2, dia p punggah keluaq abes.

:(

Ruang tamu tu bersepah sbb dia je. Tu baru umo 9bulan++. Nanti kalau dah pandai berjalan, lagi teruk le gamaknya rumah..

Favorite place dia nak memunggah lagi satu adalah area rak TV. Mama ada susun majalah2 kat situ. Sbb rak buku dlm bilik dah penuh, so no choice, susun je kat situ. Akibatnya ada la a few magazines yg dah koyak rabak. Auni punya angkara.

Huhuhu.

Nanti ada plak cakap mama x pantau anak sendiri, sbb tu dia koyak abes sume majalah kan. Nope! Mama mmg la pantau dia, tp kdg2 baru pi dapur sat ja, mai balik kt depan tgk2 dia dh memunggah dan mengoyak majalah.

*_*

"Takpala, koyak la Auni, demi Auni mama sanggup."

~ Lalalalalala.. ~

Biasa la, dia tgh exploring kan.. So mama&papa tau la perkembangan dia normal.

:)

Pastu, bila letak dalam walker, lagi la panjang dia melangkah. Pantang mama gerak p dapur, dan2 dia pun ikut juga. Tambah2 skrng dia dah pandai control walker tu. Kalau mama kat sinki, dia pun mai kat sinki juga. Huhu..

Dah 2,3 kali mama perasan, dia suka sungguh pi kat rak pinggan. Dia dok p amek mug kat situ. Aritu mama perasan, dia dah siap angkat mug tu. Padahal mug kan agak berat, kang kalau jatuh timpa kaki, jenuh mama. Nauzubillah la kan..

Bukan apa, risau laa bila dia dok mai dapur, kdg2 mama tgh menggoreng kan, takut plak minyak terpercik ke apa ke. Huhuhu..

Tu yg penah skali mama buka puasa lambat. Sbb dok kepong Auni la. Papa plak time tu keja. So dok kalut masak sambil control Auni. Last2 azan magrib, just minum ayaq ja dlu. Hehehe.

Tapi, kalau mai mood dia oke, dia akan duduk diam saja, tgk tv.

Tak kisah la kan, anak tgh membesar, mmg camtu la kan.. Terima ja la dgn sbr, amanah Allah tu kan.

:)



P/S: ~Bila dukung pun dia takmoh dok diam2~

19 July 2011

~ *_* ~

Assalamualaikum.

Tadi lepas papa Auni mandikan Auni, mama saje pakai kan tudung mama kat Auni.

:P


Heee, anak mama comey la tutup aurat.

;)

P/S: Semoga Auni menjadi anak yg solehah ye syg.. InsyaAllah.

15 July 2011

~ Auni 9 bulan, 1 minggu ~

Assalamualaikum.

Kali ni entry sempena Auni dah masuk 9 bulan.

:D

Seperti biasa la kan, nak update perkembangan terkini Auni.. Hee.

Minggu lepas Auni demam, diarrhea dan kurg selera makan. Huhuhu.. Mula2 risau juga la, takut dia jadi mcm aritu (masa 6bulan), demam dgn muntah2. Tapi, alhamdulillah tak seteruk tu. Cuma selera minum susu tu kurang. Sebelum2 ni Auni mnum susu 6oz. Kdg2 pagi2 bangun je tidoq, dia minum smpai 7oz tau. Hebat kan!

:P

Tapi demam + diarrhea baru ni dia minum sikit sgt. Skali mnum 2oz je tau. Tu pn jarang2 sgt dia nak mnum. Kdg2 jarak minum tu smpai 5,6jam. Huhu.. Susah hati juga mama&papa ni..

Oleh sbb diarrhea, Auni nye kawasan lampin melecet teruk. So setiap kali dia nak kencing, nangis la dia. Pedih kot gamaknya..

Memula mama&papa igt xmau la pi klinik, sbb dah tau dah Doc akan kasi garam utk diarrhea tu kan.. Tapi disebabkan melecet tu, mama&papa bwk la juga Auni pi klinik. Dan as expected, Doc kasi ubat sapu. Yelah, nak kasi apa lg kan.. Huhuhu.

Sapu je krim tu, esoknya nampak makin oke. Alhamdulillah.

Bab nak kurgkan diarrhea tu, mama&papa belikan susu extracare utk Auni. Mmg dah tau dah, setiap kali Auni diarrhea, tu le jalannya utk sembuhkan..

Rupanya Auni demam+diarrhea kali ni sbb nak tumbuh gigi atas pulak. Sume tu ada kaitan la dgn kurangnya selera makan Auni tu.. Nampak gusi atas dia bengkak besaq sgt.

Tapi skrng ni dah keluar dah gigi atas sebelah kanan.. Yeayy!

;)

Auni dah ada 3 btg gigi la skrng ni. Gigi atas sebelah kiri pn xlama lagi muncul lah tu. Hehehehe..

Dah nampak 'tua' dah Auni.

:P

Skrng ni selera makan Auni dah back to normal. Kalau nestum, 3 sudu besaq tu abes licin la.. Kalau bubur nasi plak bleh abes semangkuk (mangkuk baby) gak la.. Tapi, kdg2 mama saje reduce portion nasi Auni. Yela takut obes lak anak mama ni nanti. Sbb sukatan yg sepatutnya 1/2 cawan sekali makan. Ni mcm dah 1cwan je kan.. Hohoho.

Aritu sebelum demam, Auni suka sgt makan nasi+sayur bayam+sup ikan. Tapi lepas baik demam ni, dia dah tak berapa selera menu tu. So mama try buat nasi+sup ayam+carrot. Alhamdulillah abes semangkuk dia makan.

:)

Susu plak Auni mnum 5oz je skrng. Kalau bancuh 6oz, mmg tak abes. Huhu. Takpela, tu pun dah mencukupi kan..

Okelah, panjang plak intro. Huhuhu. Di kala usia 9 bulan ni Auni dah pandai sengih tiap kali kita nak amek gambaq dia.. Hehehe. Mama&papa juz say, "Auni... senyummm.." dan2 tu juga dia akan sengih smbil mengecikkan mata dia.. Walaupun kdg2 takes time juga nak snap, tp Auni akan bertahan juga sengih smpai la dah kuar lampu snap tu. Mcm gambar kt bwh ni.. :P


Good girl!

Pastu, dia skrng suka sgt berlakon. Hihihi.. Pretending like sengsara abes lah! Contohnya, mama nak pi buat keja kat dapur, so letak la dia kt depan TV. Elok je mama bergerak pi dapur, Auni akan nangis kuat2, mcm sakit la konon. Bila mama cpt pth balik nak pi tgk dia, tup2 dia sengih dan depa tgn nak suh kita angkat dia. Once mama angkat, menjerit2 suka la dia kan..

Selain dari tu, Auni skrng sgt2 la aktif. Tak larat mama nak kepong. Dlm keta lg le, kalau x letak dia dlm baby car seat, bersedia lah utk berperang dgn dia. Hehehe. Kalau kita pegang dia kuat2, mula la nak menyebai.

Haihh, ikut perangai sapa tah. :P

Hee sebelum end entry arini, mama letak gambar mama+papa+Auni. ;)


P/S: Mama+papa = Auni

04 July 2011

~ Lagi2 rindu ~

Assalamualaikum.

Tgh2 buat keja kt ofis, tiba2 rasa rindu sgt kat si tecit Auni nih. So apa lg, pause jap keja, teruih update blog.

:)

Hari ni Auni kena pi sekolah awai2 pagi. Kul 730pagi dia dah kena mandi. Tp suka kemain dia. Hehe. Mengekek je suka!

Sebab papa ada assignment pagi juga, mama pun ada kelas pukul 830pagi.

Nak tak nak, kena la hantar Auni masa mama nak keluar pi keja tadi. Kebetulan plak pagi ni Auni bangun awal. Masa mama bangun solat Subuh, dah nampak Auni resah dlm babycot dia. Lapaq la tu. Hehe.. Tapi, mama biarkan je dlu dia bergolek2 dalam tu.

Sudah solat, baru bancuh susu, dan papa yg tlg nyusukan.

Sebab mama nak iron baju dan siap2. Auni papa yg mandikan.

Masa hantar dia tadi pun, rasa sayu spt selalu. Ye la, hati mak mana yg tak terusik bila org lain yg tlg jagakan anak kan. Hmm, kalau ada peluang mmg nak je jaga dan mengasuh sendiri. Pengorbanan kan.

So satg pukul 3 mama dah nak balik.

Erk, mama bkn ponteng keja tau, mmg mama punya keberadaan di ofis smp pukul 3ptg. Kalau nak stay smpai petang dialu2kan la kan. Hehe.

Mama takmau stay smp ptg2 sbb hari lain mama ada kelas pukul 530ptg. Hari takdak kelas ptg kena la balik awai. Blk jumpa buah hati kesygn mama. Ada 2 org tau. Sapa lagi kalau bukan papa & si tecit Auni.

Hohohoh!

Buah hati lain dok jauh. Mak, adik2 suma nun di Kedah nun. Hehehe.

Oke, time's up for blogging. Nak siap2 balik amek Auni. Yeay!



P/S: Eh mula2 igt nak update pasai menu bubur Auni, tp melalut plak!


30 June 2011

~ Puteri kesayangan mama ~

Assalamualaikum.

Auni lately selsema sikit. Asik berhingus je, cuma tak kronik sgt la. Lepas mandi, or lepas bersin baru nampak hingusnya.

Huhuhu.

Tadi lepas mandikan dia, papa dah sedut dah. Hopefully she's getting better la kan.

Owh, hari ni mama puasa. So masa nak berbuka puasa tadi, letak la Auni dlm walker. Sbb skrng ni dia sgt aktif, dan asik memunggah. Part yg dia paling suka adalah decoder astro. Papa punya brg kesygn tu.

:P

Mama tgh makan kt dapur, so takut plak kot dia buat apa2 yg di luar jangkauan kan, that's y letak dlm walker. Pasangkan channel BabyTV kat dia. Auni sgt suka watching the channel.

:)

Lepas berbuka, mama terus la solat Maghrib. Papa plak selesai Maghrib, terus pi keja. Ada a'ment nak kena cover.

Elok je sudah maghrib, mama terus ke ruang tamu nak tgk Auni. Tup2, tgk dia dah tertidoq dah dlm walker tu. Kepala melangut, terlentok kat kusi walker. Mama terus rasa sebak!

Sob sob.

Ye la, rasa mcm siannya dia sampai tertidoq dlm walker. Mungkin asyik sgt dengaq lagu kat channel BabyTV + rasa mengantuk yg amat kot.

Mama terus kuarkan Auni dr walker dan dia pun lentokkan kepala atas bahu mama.

Lagi la rasa kasih yg amat kat puteri kesygn mama nih. Huhuhu.

Mama cium pipi Auni dan letak dlm babycot.

:)

Satg dia bgn la tu, minum susu.


P/S: Kasih ibu membawa ke syurga.

27 June 2011

~ Akhirnya.. ~

Assalamualaikum.

Hari ni Auni dah 8bulan,2minggu. Dah makin bijak dan nakal.

;)

Akhirnya Auni dah mau makan bubur nasi yg mama masak. Sebelum ni kan Auni langsung takmau bubur nasi. Asal masuk je nak muntah. Uhuhu.

Tapi, start semalam alhamdulillah dia dah mau makan bubur nasi.

Mama masak bubur nasi+sup ayam&kentang. Pastu blend. Auni suka sgt.

:)

Pastu Auni suka sgt makan betik. If dia nampak mama makan betik, dia mesti mai mengendeng2. Ehehehe. Dia dah pandai makan walaupun mama tak lenyek betik tu. Sbb betik kan lembut je. Auni plak dah ada gigi.. Syok la dia.

Hmm, boleh la Auni gain weight, sbb dah makan mcm2.

:P

P/S: So far betik + pisang jadi favorite fruits Auni.

16 June 2011

~ Auni 8bulan hari ~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

:)

Syukur sgt mama masih diberi peluang utk bersama Auni & papa.

Auni hari ni dah berusia 8 bulan 5 hari.

:D

Cepatnya masa berlalu. Sejak Auni lahir ni, masa dari sehari ke sehari tu rasa cpt sgt berlalu. Kdg2 apa yg dirancang tak sempat nak buat. Kononnya tak cukup masa la. Huhu. Mungkin mama xpandai nak arrange masa kot!

Perkembangan Auni skrng ni sgt memberansangkan, cukup membuatkan mama&papa tersenyum happy. Kdg2 tu masih jg rasa x percaya yg mama&papa dah ada Auni. Hee.. Yelah, mama&papa kan bercinta dr zaman study dlu.

:P

Oke, perkembangan Auni ketika 8 bulan:

1) Dah pandai tepuk tgn. Bila mama&papa say "yeayyyyy", Auni terus tepuk tgn. Pandainya anak mama! Kdg2 bila dia tgk tv, ada org tepuk tgn, dia pun join skali. Hihihih..

2) Pandai buat muku busuk (Kerutkan hidung). Bila papa kata "Auni, buat muku busuk..", Auni terus buat. Heee, taktau la dia blajaq mana tu.. :P

3) Suka menjerit. Huhuhu, yg ni mama x tahan. Smp berdengung telinga mama. Kdg2 bawak p shopping mall, sorong Auni dlm stroller, dia punya suka smp menjerit2 dgn sgt kuat. Hehe, expression Auni bila excited.

4) Dah mula pandai memanjat2. Kdg2 mama&papa tgh baring, Auni pun mai la memanjat bdn mama&papa, smp tertonggeng atas lantai. Huhuhu.

5) Dah boleh duduk (but still kena pantau). Tp dia xpandai duduk sendiri lg. Cuma bila mama ltk dia dlm posisi duduk, dia akan kekal selama beberapa minit. Kira oke la tu kan.

Mama selalu 'fall in love' dgn Auni.

:P

Sebab apa?

Sebab setiap kali Auni bgn tido pagi2, mama akan bg salam. Then Auni akan bg senyuman paling manis kt mama. Soooo sweet!

Sebab tu mama slalu jatuh cinta dgn Auni.


:P


P/S: Tp kdg2 mama stress juga bila Auni sgt buas. **tp sat ja stress nya** :P

27 May 2011

~ Auni 7 bulan, 2 minggu ~

Assalamualaikum.

Lamanya blog ni tak berupdate.

Sepatutnya mama kena update once Auni dah genap 7bulan. Tapi disebabkan malas+takde masa konon2nya, so takde la new entry.

;)

So harini dah alang2 MC sbb demam, amek le peluang update serba sikit. Walaupun kepala agak sakit dan rasa berat sgt, tp x bleh layan sgt. Kang ada yg tidoq je sepanjang hari. Huhuhu.

Auni di kala usia 7 bulan lebih ni, dah byk benda baru tunjuk kat mama&papa. Antaranya:

1. Yeay! Finally Auni dah bleh menyusur ke sana ke sini. Kiranya bleh move forward, backward, turn left, right. Heee. Dan mama&papa sgt le letih sbb asik nak kena kepong Auni. Kalau x, abes frame2 gambar ats rak TV dipunggahnya.

2. Gigi sebatang tu dah makin terserlah. Sengih je nampak gigi. Dah mcm budak besar
plak Auni ni. :P Lagi sebatang gigi coming soon. Sbb dah nampak ciri2 nak keluar dah. :D

3. Kuat menyusu. Skrng kalau terlambat bg susu, dgr la Auni mengamuk. Huhuhu. Nangis mcm x minum 2,3 hari tu. :P

4. Dah bleh duduk tp still kena support la. Time mandi skrng agak mudah. Dudukkan Auni dlm sinki dlm bathroom, tp lapik dgn baby bath mat supaya x licin. So keje mama&papa leb
ih mudah dan cpt. :P

5. Nampak dah makin berselera utk makan. Cuma still continue dgn cerelac, tak cuba lagi dgn bubur nasi, since dia takmau dulu tu. Kena try lagi ni..


Seronok kan tgk perkembangan anak dpn mata. Alhamdulillah masih diberi peluang ni.


P/S: Satg nak introduce papaya kat Auni. ;)



09 May 2011

~ Menyusur & Gigi ~

Assalamualaikum.

:)

Perkembangan dan tumbesaran babies ni tak sama. Ada yg cepat tang ni, lambat tang tu. Kan.. Apapun syukur babies kita semua sihat walafiat.

Alhamdulillah.

2hari lepas, masa otw nak p jalan2 ptg2 sabtu, mama terperasan kat gusi bwh belah kiri Auni dah ada GIGI. Yeayyy! Heee, patut le asik merengek je lately. Mmg dah seminggu dua ni, gusi bwh dia bengkak. Mama ada terbaca somewhere, yg one of the symptom utk tumbuh gigi adalah swelling gum.

Cumanya baru naik sikit. Nampak gerigi tajam. Hohohoh.

Dan yg paling bestnya kan, baru jap tadi ni, mama&papa discovered yg Auni dah bleh menyusur ke depan. Hoyyyeeeeh. **Mama&papa plak yg syok terlebey**

:P

Sorry na.. Almaklumla semuanya pengalaman pertama.

Sebelum2 ni dia nampak sgt berusaha utk move forward, tp slalu gagal. Tapi, xsat ni, tup2 berjaya. Dah tu, bila dah berjaya buat sekali, berkali2 la dia buat. Heee. Maybe Auni pun baru dpt teknik2 dan tips2 utk menyusur ke dpn kot.

;)

Walaupun ada yg ckp, Auni ni kategori lambat la kan, sbb baru bleh menyusur di usia hampir 7 bulan ni, tapi, mama&papa xkisah. Janji Auni membesar dgn sihat, bijak dan aktif. Dan ada juga orang2 tua yg cakap, kalau baby tumbuh gigi dulu daripada bejalan, maknanya lambat lg la dia nak bleh berjalan.

Takpela kan, janji nanti2 bleh berjalan jg.

:D


P/S: Mama&papa sgt happy!

30 April 2011

~ Our Little Princess ~

Assalamualaikum.

Uish, lama jg blog ni ditinggalkan tak berupdate.

:)

Mama&papa Auni sgt bz lately. Kdg2 tingin juga nak update, tp takde masa. Hee.

Auni minggu ni dah 6months 3 weeks. Our little princess is growing healthier, alhamdulillah. Cuma masa injection utk 6months aritu, ada timbang berat dia, as usual la kan. Tp beratnya naik sikit sgt. Masa injection 5months, berat dia 6.8kg. So latest weight, masa 6 months 1 weeks, adalah 6.9kg. So hanya 0.1kg je naik, dlm tempoh sebulan.

Huhuhu..

Maybe the main factor yg contributed adalah dia kurang appetite nak mkn solid foods. Haihhh. Bubur nasi yg mama masak, langsung dia takmoh. Siap muntah2 lagi tau. Mula2 dlu try bubur nasi kosong, takmau. Then mama try bubur nasi + carrot, pun takmau. Mama tak putus asa, cuba plak bubur nasi + kentang, tak jalan juga. Pastu mama cuba lagi, buat bubur nasi + sawi + ikan tenggiri. Konon nak bagi ada rasa kan. Hmmm still dia takmau. Smpai muntah2.

:(

1st solid food aritu, mama try bg Avocado. Makan sket je.

Baru2 ni try bagi puree & apple juice. Auni mcm suka, tp malangnya dia cirit birit plak. Mama try plak bg sweet potato, dia suka. Tapi masa tido malam, dia nangis smbil mengeliat sakit. Rasanya dia senak perut kot.

Huhuhuhu..

Sian Auni.

Oleh sebab bubur nasi dia mmg tak lalu, fruit puree plak bleh buat dia sakit perut, so mama bg nestum dan farley rusk je. Tu pun takde la beriya pun dia makan. Hmmmm. Kalau ikut sukatan, nestum tu kena bancuh 5 sudu besar. Tapi Auni hanya bleh abeskan sesudu besar je. Jarang sgt la nak bleh abes even 2 sudu besar tu.

Farley rusk tu plak sekeping je dia makan. Mama cairkan dgn air suam.

Auni plak sgt2 aktif. Lagi le menyumbang kpd kekurangan naik berat badan. Tak pernah nak dok diam. Heee. Smpkan muka dia asik berparut jadi mcm lanun.

:P

Takpela, mama sbr je la melayan kerenah anak mama ni. Mama takkan berputus asa utk cuba bg solid foods kat Auni. Especially bubur yg mama masak sendiri.

:)

Nak membesarkan anak ni mmg sgt menguji kesabaran kan. Walaupun kdg2 teruji jg kesabaran mama dgn kerenah Auni ni. Tapi, cpt2 mama igtkan diri mama, yg Auni adalah anugerah kurniaan Allah. Amanah Allah utk mama&papa. Setiap kali lepas solat, mama selalu berdoa semoga Allah terus memberikan mama kesabaran dan ketabahan dalam membesarkan Auni menjadi seorang anak yg solehah.

:)

InsyaAllah.


P/S: Banyak akai nooo anak mama ni. :P

11 April 2011

~ Auni 6 bulan ~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Hari ni genap umur Auni 6 bulan.

:)

Dah bleh start bg makan solid foods.

Kul 3ptg tadi Auni makan biskut Milna Rusk sekeping. Cairkan dgn air suam. Dia masih lg dlm proses penerimaan.

:)

Mama kena byk bersbr la nak suap Auni makan ni.

Heee.

Sambil2 tu mama reneh bubur nasi+carrot utk Auni. Dah masak nanti, blend dulu supaya betul2 hancur, baru bagi Auni makan. Dinner nanti kot baru Auni makan bubur tu.

Hope Auni suka makan la.

:D

Owh, perkembangan Auni di kala 6 bulan ni:

1) Kalau kita halang dia dari buat sesuatu, dia dah pandai mengamuk. Contohnya: dia meniarap, dan papa pusingkan dia terlentang, apa lagi, terus mengamuk smbil garu2 kepala. :P

2) Pandai sebut ta..ta..ta..ta.. (mcm himawari adik sin chan) Heee

3) Tak suka ditinggalkan keseorangan. Mesti berteman atau nampak kelibat mama&papa, walaupun dari jauh.

4) Sgt peramah. Smpkan jumpa abang kat kaunter cashier Tesco pun dia bleh tegur2 dan gelak2. Kdg2 org x pandang dia pun, tp dia bunyi2 menarik perhatian. **Centre of attraction**.

5) Nak mandikan Auni skrng sgt mencabar. Dia suka melentik2 kan badan. Sambil gelak mengekek. Huhuhu

6) Nak pakaikan diaper, baju, or cuci beyak dia pun sgt susah. Dia asik nak meniarap. Sgt menguji kesabaran.

7) Suka sgt main & tido. ;)

8) Kalau tido, xpenahnya kekal di satu tempat. Kdg2 sedar2 dah ada kt hujung kaki katil. Uwaaaa, sgt bahaya!

9) Suka jalan2, dan naik keta. Dan tak suka duduk diam dlm keta.

Hee.. Pendek kata, mama&papa dah mula rasa cabaran nak menguruskan Auni. Tu baru sorang anak, kalau ramai camne la gamaknya kan.

;)


P/S: Kesimpulannya, lambat lagi la ye Auni nak ber'adik'. Huhuhu.

04 April 2011

~Mama miss u~

Assalamualaikum.

Hari ni anta Auni lewat sket. Since class start 530petang, dan takde urusan lain, so dok lengah2 masa.

:)

Tiap kali nak anta Auni ke nursery, mesti mama rasa sedih. Rasa kesian. Sebab Auni tak dpt merasa mcm babies lain yg 24hours-7days diasuh dan dijaga oleh mama dorang sendiri. Nak buat mcm mana kan, mama kena cari rezeki, utk Auni jg.

Rasa sedih bila tgk Auni dlm dakapan babysitter.

**Tears**

Haishh, tak abes2 emo kan mama ni.

:P

Skrng kat office, sementara tunggu kelas mula, asik dok melayan perasaan teringat telatah dan kerenah Auni. Hee..

Mcm mana la ek nanti mama nak kena pi induksi berminggu2. Huhuhu.

Auni almost 6months dah. Tak lama lagi je. Lepas ni mama punya responsibility bertambah la. Nak kena masakkan bubur utk Auni. Auni kena mkn makanan berkhasiat. Nanti lambat besar.

;)

Auni skrng dah pandai merengek manja. Saje2 merap. Pastu bila kita angkat letak atas riba, terus sengih. Nakal ek, usik mama&papa.

Time tido plak, tak penahnya tido setempat. Boleh pusing 360darjah tau. Heee.. Auni masih belum pandai menyulur ke depan or ke belakang time menerap. Tapi dah bleh pusing2. Kdg2 kita letak dia mengadap utara, tup2 bila kita leka sat, dah mengadap selatan.

:D

Bahaya juga nih. Takut jatuh katil je, nauzubillah la kan.

Auni skrng tak penah dah tido dlm cradle dia. Sebab dia slalu berpeluh2 kalau tido dlm tu. Maybe tak kena kipas kot. Even buka air-cond pun tak byk membantu. So tido la dia bersama2 mama&papa. Cuma sian kat papa je la. Auni tido buas sgt.

:P

Papa selalu kena mengalah. Heee.

Hmm, rindunya lah. Tak sbr nak balik keje.


P/S: Asik mama je update, papa pi mana? ;)

22 March 2011

Untukmu Sayang


Teristimewa buat mama tercinta dan si tecit Auni tersayang...


20 March 2011

~ Like father like daughter ~

Assalamualaikum.

This photo was taken by mama. :) Time papa tgh syok dok julang2 his lovely daughter nih. Hihihi..


Photo ptg tadi. Kira panas lg ni, baru upload terus update blog.

:P

Ramai dah org dok cakap muka Auni sebiji muka papa dia. Takde lagi la yg cakap mcm muka mama. Huhuhu.

Cuma masa baru lahir dulu je ada iras muka mama. Maybe sbb time tu Auni tembam yg amat kot. So nampak le mcm mama. Heee..

Even makcik tailor kat satu butik yg kitorg pi pun tegur yg muka Auni fotostat muka papanya. Tu org yg xdikenali tu. Apatah lagi org yg kenai mama&papa.

;)

Memula masa pantang dulu, slalu juga terasa hati bila setiap org yg mai melawat mama & Auni kat rumah akan beriya2 cakap muka Auni sebiji mcm papa. Bukan apa, rasa mcm kita yg penat2 mengandung 10bulan, pastu bertarung nyawa nak keluarkan baby, tup2 takde langsung iras mama.

Dan time tu rasa mcm annoying sgt2 tetamu2 yg mai dok belek2 Auni dan dok bercakap2 pasai iras papa.

Heee.. Tu time pantang, biasa la, asik stress kan.

Skrng dah oke, tu sume ciptaan Allah. Dah mmg anak papa kan. So apa salahnya mcm papa. Sejuk sket org tua2 kata. Mana tau adik Auni nanti2 sebiji mcm mama. Hohoho! (Ooops, lambat lg nooo utk dapat adik Auni)

Heee..

Lgpun mama rasa Auni sebiji mcm papa sbb time pregnant dulu, mama obses sgt dgn papa. Hihi. Almaklum le time tu PJJ (perkahwinan jarak jauh). So asik rindu-rinduan la. Kalau dah tetiap hari dok tingat muka papa, melekat la kat bby dlm peyut. Hahahaha. **Pengsan** Jgn pecaya no! Mitos je..

Biar la iras sape pun, janji Auni membesar dgn sihat, jadi anak yg solehah k. InsyaAllah.


P/S: ~ Kuat main sungguh Auni skrng, susu pun kurang minum. ~


18 March 2011

~ Buku Pertama Auni ~

Assalamualaikum.


Last weekend masa pi jalan2 Alamanda, singgah Toy"R"Us nak cari apa2 yg best utk Auni. Since dah ada member card kan, singgah je la.

Last 2 months dah beli toys utk Auni. So kali ni plan nak beli buku.

So dapat le satu. Colorful.. Lebih attractive.

:)

Auni sgt suka siap mamam skali. Hihihi.

14 March 2011

~ 5 bulan 3 hari ~

Assalamualaikum.

Auni dah 5bulan 3 hari.

Alhamdulillah.

:)

Tak sabar nak bagi Auni makan. Hee. Best2, skrng asik survey cara2 nak buat fruit puree, porridge utk Auni nanti2.

Yeay!

Owh di kala Auni 5 bulan ni, dah mcm2 kerenah dah dia.

Antaranya:

1. Dah bleh keluarkan pelbagai tones bunyi. :P

2. Dah pandai buli2 mama & papa, takmoh mandi air sejuk. Kalau tak, nanti Auni buat2 nangis. Elok2 pas mandi, bleh gelak mengekek.

3. Bila bwk pi jalan mall, dia dah pandai tegur2 org, especially babies lain.

4. Dah tau nama dia Auni. Bila panggil Auni je, mesti paling. ;)

5. Kalau lambat bg perhatian, dia suka majuk. Meniarap dan letak kepala atas tilam. Takmoh pandang bila mama & papa panggil2 dan masam muka. Hihi

6. Yang paling penting sgt kuat bebal. Huhu lambat bg susu pun menyebai.

7. Pandai tarik tudung mama. :( Mama jadi selebet je slalu.

8. Dah mula blaja nak bgn sendiri. Bila baringkan dia atas riba, dia mesti sedaya upaya mengangkat kepala dan bdn. (Walaupun xbjaya2. :P)


Hee, syok sungguh tgk Auni membesar dgn sihat hari demi hari. Syukur Alhamdulillah.


P/S: Asik sengih besaq ja Auni ni. Jadi mcm papa. :P

07 March 2011

~ Bersunat ~

Assalamualaikum.

Sibuk sungguh smp tak sempat nak update. Huhuhu.

Jumaat ni Auni genap 5 bulan. Tak sbr nak pi timbang berat dia di kala 5 bln.

:D

Sabtu lepas Auni dah berjaya disunatkan. Alhamdulillah!

Lama tul kitorg dok bertangguh2. Since umo dia sebulan lg, dok plan nak bwk pi sunat. Tapi rasa kesian, tu yg dok menangguh2. Heee..

Last2, Sabtu lepas, kitorang (mama & papa) paksa diri juga utk pi menyunatkan Auni. :P Ye lah, kalau dlm agama menyuruh kita buat camtu, that's mean ada kebaikannya. Even dari segi Sains pun menyatakan kebaikan bersunat.

Actually mama & papa pun confuse sama ada bersunat utk perempuan ni sama wajibnya dgn lelaki atau hukumnya harus saje. Sbb mama penah terbaca yg perempuan pun sama WAJIB nye dgn lelaki utk bersunat. Cuma caranya saje berbeza.

Tpi ada jg yg menyatakan tidak wajib.

So amek langkah selamat, buat saje la kan. Bknnya ada keburukan pun kan.

:)

Auni sikit pun tak nangis time Doctor sunatkan dia.

;)

Hebatnya anak mama ni.. Hoyyyeh!

Siap bley sengih2 lagi dok main dgn nurse. Heee. Kagum sat mama. Sblm tu mama siap pesan kat papa, yg mama takmoh masuk dlm bilik rawatan. Sebab tak smpai hati nak tgk Auni bersunat & nangis.

Padahal Auni cool saja. Hohohoho.

Sebelum bersunat tu, sempat timbang berat terkini Auni. Di usia 4bulan 3 minggu Auni dah 6.9kg. So means naik 1kg je la.

Takpela, maybe sebab Auni sgt aktif skrng, so berat dia takmoh naik byk.

Auni rajin exercise.

:P

Apapun, doa mama & papa, semoga Auni sihat dan ceria selalu.


P/S: Papa siap tak lalu makan sblm pi sunatkan Auni. :P

25 February 2011

~ Malam-malam ~

Assalamualaikum.

Kononnya mama nak buat keja la malam2 gini. Sekali, sangkut dgn papa dok melayan si tecit Auni.

:P

Jom layan!




P/S: Tak siap la keja mama nih.

24 February 2011

~ Syukur padaMu ~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

:)

Dipanjatkan rasa syukur yg tak terhingga padaNya.

Kadang2 sesaje, kami bertiga (mama, papa & Auni) dok golek2 atas katil. Syok spent masa sesama.

Dan terdetik kat hati, betapa bertuahnya dan bersyukurnya sbb diberi peluang olehNya utk memiliki sebuah family yg cukup lengkap. Lahirnya Auni menjadi pelengkap kpd ikatan percintaan di antara mama & papa.

:)

Rasa bahagia bila tgk Auni membesar dari hari ke hari.

Bila tgk dia mengekek gelak, mama & papa pun tergelak sekali. Heee..

Dan sekarang ni, bila mama tgh sembang2 dan gelak2 dgn papa, Auni pun mesti tergelak sekali. mcm faham je ye mama tgh cite apa kt papa.

:P

I'm very happy!


P/S: Kurniaan dariNya.

18 February 2011

~ Meniarap Sudah ;) ~

Alhamdulillah.

Dipanjatkan rasa syukur yg tak terhingga sbb masih diberikan peluang utk mengikuti setiap fasa perkembangan si tecit Auni.

:)

Hari tu genap Auni 4 bulan 1 hari, Auni dah berjaya meniarap sendiri. Sebelum2 ni dia masih dlm mode percubaan. Heee. Sebelum ni asik mengiring2, then reyau (nangis) seround dua, tapi x juga berjaya meniarap.

Hari Sabtu minggu lepas, time mama solat Zohor, mama tinggal Auni kat atas playpen dia. Biaq dia dok main sorg2. Senyap ja, takdak bunyi. So pas bagi salam, mama teruih toleh belakang, nak tgk la Auni dok buat apa.

Tgk2, jeng3..



Auni dah bleh meniarap!

Yeayyyy!

Syok tak terkira rasanya. Siap jerit2 panggil papa suh tgk Auni meniarap. Hihihihi. Seolah2 diri sendiri plak yg berjaya meniarap.

:P

La ni, asal tinggai sat ja Auni, meniarap ja la dia. Kdg2 tu dia tgh tidoq, tup2 bila kita p tgk, dah dok meniarap dah. Bila masa bangun pun taktau la. Hohohohoh.

Nak sapu lotion, nak pakaikan diapers, baju pun dah jadi challenging sekarang. Sbb pantang leka sket, meniarap la dia.

Aktif sungguh Auni ni.

:D

Pastu byk cakap plak tu. Cakap sket, then gelak. Apa entah yg dia suka. Hehehe. Sonot sgt mama & papa tgk keletah Auni ni.. Moga2 mama & papa panjang umoq, nak tgk Auni smp besaq. InsyaAllah.

:)



P/S: Mama & papa sgt syg Auni.

11 February 2011

Ada Apa Dengan Cinta

Ada apa dengan cinta?

Apa itu cinta?

Ungkapan soalan yang berlegar di mindaku sejurus tersedar dari tidur apabila dikejutkan dengan hentakan kuat kaki si tecit Auni di atas tilam dan disusuli sayup-sayup suara azan subuh yang telah hampir ke penghujung.

Melihat mama di sebelah kiri yang masih dibuai mimpi dan si tecit Auni nyenyak di katilnya di sebelah kananku membuatku tersenyum sendiri.

"inilah yang dikatakan cinta?", bisik hatiku.

"sejuknya, best betul tidur ni", bisikan yang terngiang-ngiang di telingaku yang sudah pasninya syaitan yang cuba menghasut.

Namun ku gagahi jua biarpun tilam empuk itu seolah-olah menarik-narik tanganku untuk terus bermadu asmara bersamanya.

"tak boleh jadi nih, kalau layan mau hanyut aku sampai matahari naik", kata-kata semangat yang terbit dari hatiku.

Demi cinta kepadaNya, godaan syaitan awal dini hari ini nampaknya tidak berjaya. Mungkin makhluk yang diciptakan Allah dari api itu 'frust' kerana operasinya pagi ini tidak membuahkan hasil dan sudah semestinya mereka tidak akan berputus asa dan terus berusaha untuk menyesatkan anak cucu adam.

Masih teringat kata-kata seorang ustaz dalam siri bual bicara yang disiarkan di kaca televisyen bahawa iblis dan syaitan telah berjanji kepada kepada penciptaNya bahawa mereka akan terus menyesatkan anak cucu adam sehinggalah pada hari nyawa terpisah dengan jasad.

Langkah pertama dimulakan dengan perasaan bangga dapat menewaskan godaan syaitan dan sempat menguncup dahi mama sambil berbisik kata cinta ditelinganya.

"cepat bangun subuh", kataku dengan nada manja tanda cinta kepada isteri tersayang.

Sempat juga aku memindahkan si tecit Auni dari katilnya ke katil bersaiz Queen disisi mamanya yang sedang mengeliat seolah sedang bertarung dengan tentera-tentera syaitan yang sedang menyerangnya dari segenap sudut.

"Allahu Akbar", lafaz takbir yang sekaligus membakar syaitan-syaitan yang masih bergantungan di badan ku.

"Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh", salam kedua dilafazkanku selepas selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

Seraya aku menadah tangan, memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Berkuasa sebagai tanda cinta dan kasihku kepadaNya.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ya Allah Ya Tuhanku, Engkaulah Maha Berkuasa, Engkaulah Maha Pemurah dan Engkaulah Maha Penyayang. Engkau tetapkanlah rasa cinta, kasih dan sayangku ini terhadap isteriku Siti Nasarah dan anakku Auni Irdina seperti mana cintanya Engkau kepada Nabi Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Ya Allah, berikanlah mereka kesihatan yang baik dan murahkanlah rezeki kami seluarga ..... , Amin", lafazku dengan rendah diri di hadapan Maha Suci Allah.

Langkah kembali diatur ke kamar tidur melihat si tecit Auni sedang berusaha meniarap tetapi gagal. Melihat keletah sang puteri itu, bibirku mengukir senyuman dan terus menghadiahkan satu ciuman mesra tanda cinta kepada anak sulungku.

Sedang memujuk diri untuk tidur kembali, fikiran kembali di awangan.

"cinta ada macam-macam",

"cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada isteri dan anak, cinta kepada kepada ibu bapa, adik beradik dan cinta kepada tanah air", aku bercakap sendirian.

Setiap jenis cinta itu ada keistimewaan sendiri dan ada cara tersendiri untuk kita mendapatkan cinta itu. Cinta sukar untuk didefinisikan dengan perkataan mahupun kata tetapi mampu memperolehinya dengan perbuatan.

Teringat bait sajak Parsi yang dideklamasikan oleh dua wanita dalam filem Ketika Cinta Bertasbih,

"cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mangubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta",

"dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan".

"uuweeekkk", lamunan aku terhenti dan mata yang kuyu bersiap sedia untuk beradu kembali segar bugar dek jeritan si tecit Auni mahu disediakan sarapan pagi.

"ok, sabar Auni, papa tengah buat susu ni", pujukku.

"bancuh 6 skop tau, Auni lapar tu sebab semalam muntah", pinta mama yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja.

10 February 2011

Ceritera Cinta Mama

"Ayik mama je update blog nih, papa bila plak", monolog aku sendirian.

Takper la, sebab mama ada kebolehan dan kemahiran mengarang artikel genre santai, diari style dan yang berkisar tentang kehidupan. Tengok saja la blog mama yang satu lagi di <sini>, mama mampu mengulas panjang lebar apa jua isu khususnya yang berkisar tentang kehidupannya.

Aku pula tak berapa pandai menulis genre macam mama, mungkin disebabkan cara hidup, latar belakang dan jantina kot.

Seingat aku yang telah mengenali mama sejak zaman diploma, mama suka baca novel dan selalu meletakkan dirinya sebagai salah satu watak dalam novel yang dibacanya. Kadang kala sampai terbawa ke alam realiti. Ini la salah satu sebab mama mampu untuk menghayati pembacaannya dengan berkesan.

Tak macam aku yang sukar untuk menghayati sesuatu karya kerana terlalu bersikap 'mengkaji' daripada menghayati. Mungkin inilah sebab aku selalu berhadapan dengan 'writer's block' iaitu situasi dimana aku ingin menulis tetapi seperti ada 'tabir' yang menghalang.

Untuk menghabiskan sebuah novel pun makan bulan sebab asyik mencari dan memahami fakta daripada rentak yang cuba disampaikan oleh penulis...

"takper la, ni la yang dikatakan 'lengkap melengkapi' dalam kehidupan"

"mesti bosan kalau pasangan memiliki apa yang telah kita ada, tak akan ada la 'knowledge exchange' dan fikiran tidak akan berkembang", bisik hatiku.

Masa berganti masa, hari berganti hari, bulan berganti bulan. Ini bermakna tangga usia juga turut berganjak. Terasa seperti baru semalam aku mengenali, rapat, bercinta dan berkahwin dengan mama.

"pejam celik, pejam celik dah lebih tujuh tahun hati ku telah dimiliki oleh mama", bicara hatiku sambil mulut menguntum senyuman.

Pernah menjadi tajuk perbualan dizaman percintaan ku dengan mama, "nanti kita kawin nak anak berapa orang"?, soalan klise zaman muda mudi.

"paling banyak 4 orang cukup la kot", balas mama dengan jawapan yang juga klise.

Alhamdulillah, sudah lebih setahun aku dan mama mendirikan rumah tangga dan pelbagai pahit jerih yang menjadi rencah kehidupan berjaya kami harungi bersama. Dan sudah semestinya kehadiran si tecik Auni menjadi pengerat hubungan kami sekeluarga.

"terima kasih mama sebab bukan sahaja menjadi isteri yang memahami malah menjadi kawan sejati ku", bait ikhlas yang terbit dari hati tika mata melihat gambar majlis perkahwinan yang tergantung di dinding.

"kring, kring", alarm yang telah aku 'set' di telefon bimbit bersuara yang telah sekaligus menyedarkan aku dari dibuai kenangan indah.

"aduh, dah dekat pukul 6 petang, cepat betul masa berlalu", rungutku sambil memegang kepala yang berpusing-pusing akibat tekanan darah rendah yang menyerang aku sejak dua hari lalu.

Mama masih di tempat kerja, si tecit Auni pula berada di 'sekolah'.

"ok Auni, papa datang jemput pukul 6.30 petang ok", aku bermonolog girang sendirian kerna tidak sabar untuk melihat senyuman si tecit yang berpipi labuh itu.

Mama pula akan pulang pukul 7.30 malam dan sudah tentunya mama pun tidak sabar untuk melihat keletah si tecit Auni.

Tapi jauh di sudut hati mama tersembunyi perasaan gembira yang tidak terhingga untuk melihat wajah suaminya yang tersayang....

~ Rezeki Masing-masing ~

Hye!

Esok Auni cukup 4 bulan.

:)

Alhamdulillah, mama & papa are so happy for u dear!

Tah dah berapa berat Auni sekarang. Masa 3 bulan aritu dah 5.9kg. Mungkin dah cecah 6kg lebey kot. Apapun takpe, janji anak mama & papa ni sihat sudah..

Perkembangan Auni sekarang, masih belum boleh meniarap. Tapi mengiring tu dah selalu. Dia ada usaha utk meniarap, cuma belum berjaya lg je. Bila tak berjaya, mula la meraung2. Heee.. Penah la juga papa tlg tiarapkan dia lps dah tak tahan dgr dia meraung kan (ada je org ckp tak bley tlg.. huhu), dia dah bley angkat kepala tinggi2.

Kepala Auni dah keras!

Tapi, tu la.. Nak meniarap sendiri je tak boleh2.

It's not the time yet kot.

Sabar ye mama..

Heee..

Bkn apa, kdg2 sembang2 dgn kawan2 lain, anak2 dorang ada yg 3 bln dah bley meniarap. Auni plak masih belum berjaya kan.

Rezeki masing2 la kan.

Setiap babies, perkembangan dorang lain2. So do not expect our baby will achieve sth' at the same age like others kan.

Rileks sudah.

:)

Sekarang Auni pun dah mula kenal mama & papa. Kdg2 masa tgh nyusu dia, dia tetiba dongak kepala tgk muka mama. Tersentuh hati time dia buat camtu. Huhuhu..

Sebak plak bila tgk perkembangan dan tumbesaran anak dpn mata..

Sob sob!


P/S: Tetiba rasa tak sbr nak raya tahun ni, nak pakaikan Auni dgn baju kurung. :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...