Showing posts with label ~Perkembangan Auni~. Show all posts
Showing posts with label ~Perkembangan Auni~. Show all posts

19 January 2012

~ Auni 1 tahun 3 bulan ~

Assalamualaikum.

Lama mama tak jenguk sini, terlalu bz lately. Alasan cliche kan. Tp itulah realitinya.

Cpt sungguh masa berlalu, 11hb Jan lepas Auni genap setahun 3 bulan. Dan di usia ni lah Auni baru boleh berjalan sendiri. Syukur padaMu ya Allah!


Walaupun agak terbelakang dgn kwn2 seusia yg lain, tp takpe, mama tak kisah. Mcm mama penah ckp dulu, perkembangan babies ni berbeza-beza. Auni mmg lambat berjalan, tp gigi dia tumbuh awal, seawal usia 5 bulan. Dan dia cepat boleh berckp.

:)


Skrng ni apa je yg mama&papa sebut, Auni seboleh2nya akan ikut. Cthnya bila mama sebut 'shoes', Auni pun dgn muncung mulut, sebut 'chooooos'.. Hehehehe.. Bila papa sebut 'Allahhhh', dia pun sebut 'Awwwwaaahhh'.
Hehehe..

Walaupun x jelas, tp takpela, pelan2 kan.

Dan yg paling ketara skrng, kawasan jajahan Auni dah makin meluas. Smp ke rak & kabinet dapur dia memunggah dan main. Huhuhu.. Mama masak kat dapur, dia pun kalut nak masak jg. Tak padan dgn kecik!

Bdn pun dah makin debab. Sbb dia sgt berselera mkn. Susu pun kerap. Maybe effect dari multivitamin kot. Dlu dia mmg susah makan, so try bagi Appeton Multivitamin with Lysin utk 0-12bulan. Even though time dia mula consume multivitamin tu time umur dia dah 1 tahun, tapi sbbkan takde multivitamin utk babies bwh 2 tahun, so try je lah.

Cara consume adalah titis dlm makanan/minuman atau direct dlm mulut baby. Mama pilih nak titis dlm susu. 1ml setiap pagi (before meal). Tapi mama takde la bg tiap2 hari. Kdg2 terlupa, kdg2 sengaja takmau bagi.

So skrng ni boleh dikatakan Auni tak cerewet sgt la bab mkn2 ni. Nasi + ikan bilis goreng pun dia makan, janji ada nasi.. Hehehe. Dia paling suka makan buah epal. Kdg2 sekali makan, boleh smpai 3,4 potong.

Takpela sementara berselera kan.

:)

Cuma sejak 2 minggu kebelakangan ni Auni mcm kena alahan. Bdn, kaki, tgn, muka kerap naik bintat2 mcm kena gigit semut, tp besar2, dan merah2. Doctor bg extra 3 hari lagi utk pantau. Kena bg ubat alahan & ubat gatal, lepas 3 hari kalau jadi juga kena bwk jumpa specialist. Huhuhu.. Mama&papa dah cuba mcm2. Try tukar susu (kot2 tetiba alah susu lembu), guna susu formula kambing. Tak jalan jg, naik juga bintat2. Try tukar sabun mandi, sabun cuci baju, stop makan ayam, tapi masih juga jadi. Alahan tu mcm ON/OFF. Hari ni naik kat muka, esoknya kt muka hilang, tp naik kt bdn plak.

Haihh.

Tah apa la yg tak kena kat anak mama ni ye..

Yg membuatkan mama lega sket tu, Auni takde plak garu2 ke bintat2 tu, takde lak merengek2 ke. Dia masih aktif mcm biasa, cumanya kita yg tgk ni la rasa mcm sakit sgt. Huhuhu.

Apapun mama doakan Auni cpt sembuh dari alahan tu..

Mama letak sekeping gambar terkini Auni.

:)



P/S: Mama&papa love u so much!


23 December 2011

~ Buah Hati Mama&Papa ~

Assalamualaikum.

Dah beberapa bulan rasanya tak update sini. Dok update blog sndiri je. Heee papa pun sama, langsung tak de usaha nak update cerita terkini ttg Auni. Last2 mama le juga yg buat.


:P

Auni skrng dah berusia setahun 2bulan ++. Dah besar dah anak mama ni.. Sejak melepas usia 6bln, terus je rasa masa ni cpt sgt berlalu. Rasa mcm xpuas je menikmati saat2 bersama Auni. Rasa rindu plak masa mula2 dia dok bergolek2 atas tilam, masa dia nak tido pun mesti berdodoi. Skrng ni jgn hrp nak bleh peluk dia, dodoi dia smp dia tido. Dia nak tido sndiri atas katil. Heee.


Kalau mama sibuk juga nak dodoi dan tepuk2 dia, mata dia langsung takmau pejam, lagi bulat ada la.

;)

Vocabulary Auni pun dah bertambah. Dah byk words yg dia bleh sebut walaupun tak berapa jelas. Contohnya bila mama sebut "baju", dia pun akan ikut sebut "baaaajuu" even though sometimes sound like "baaatu".

:P

Baru ni ajar dia sebut word "tesco". Dia pun follow, tp bunyinya "koko". Hehehe. Bila papa tanya, "Auni suka pegi mana???" Dia pun laju2 sebut "koookooo"..

Pastu dah pandai geleng2 atau angguk2 kepala bila mama&papa tanya sama ada Auni nak susu ke, nak sleep ke.. Hehehe. Walaupun kdg2 dia buat kedua2nya, angguk pun ye, geleng pun ye.

:D

Di usia skrng ni, Auni masih belum pandai berjalan sendiri lg. Cumanya dia baru bleh melangkah setapak dua dgn sendiri. Tp kalau berpimpin, dia boleh je jalan. Dia belum stabil lagi nak berjalan sndiri. Walaupun ada je mulut2 yg kata Auni lambat berjalan, tp mama&papa tak kisah. Setiap baby, perkembangannya tak sama kan. Auni lambat berjalan, tp petah berckp (bahasa dia le)..

Gigi pun dah byk dah, siap dah ada sebatang geraham. Hehe patut le asik demam je kan..

Dan dia sgt suka menari. Tiap kali dgr muzik je, terus menari. Hehe comel je! Auni ni pun sgt le peramah. Bwk dia p shopping mall, semua org dia tegur.

:)

Hmmm, alhamdulillah. Seronok mama&papa tgk perkembangan Auni..

15 July 2011

~ Auni 9 bulan, 1 minggu ~

Assalamualaikum.

Kali ni entry sempena Auni dah masuk 9 bulan.

:D

Seperti biasa la kan, nak update perkembangan terkini Auni.. Hee.

Minggu lepas Auni demam, diarrhea dan kurg selera makan. Huhuhu.. Mula2 risau juga la, takut dia jadi mcm aritu (masa 6bulan), demam dgn muntah2. Tapi, alhamdulillah tak seteruk tu. Cuma selera minum susu tu kurang. Sebelum2 ni Auni mnum susu 6oz. Kdg2 pagi2 bangun je tidoq, dia minum smpai 7oz tau. Hebat kan!

:P

Tapi demam + diarrhea baru ni dia minum sikit sgt. Skali mnum 2oz je tau. Tu pn jarang2 sgt dia nak mnum. Kdg2 jarak minum tu smpai 5,6jam. Huhu.. Susah hati juga mama&papa ni..

Oleh sbb diarrhea, Auni nye kawasan lampin melecet teruk. So setiap kali dia nak kencing, nangis la dia. Pedih kot gamaknya..

Memula mama&papa igt xmau la pi klinik, sbb dah tau dah Doc akan kasi garam utk diarrhea tu kan.. Tapi disebabkan melecet tu, mama&papa bwk la juga Auni pi klinik. Dan as expected, Doc kasi ubat sapu. Yelah, nak kasi apa lg kan.. Huhuhu.

Sapu je krim tu, esoknya nampak makin oke. Alhamdulillah.

Bab nak kurgkan diarrhea tu, mama&papa belikan susu extracare utk Auni. Mmg dah tau dah, setiap kali Auni diarrhea, tu le jalannya utk sembuhkan..

Rupanya Auni demam+diarrhea kali ni sbb nak tumbuh gigi atas pulak. Sume tu ada kaitan la dgn kurangnya selera makan Auni tu.. Nampak gusi atas dia bengkak besaq sgt.

Tapi skrng ni dah keluar dah gigi atas sebelah kanan.. Yeayy!

;)

Auni dah ada 3 btg gigi la skrng ni. Gigi atas sebelah kiri pn xlama lagi muncul lah tu. Hehehehe..

Dah nampak 'tua' dah Auni.

:P

Skrng ni selera makan Auni dah back to normal. Kalau nestum, 3 sudu besaq tu abes licin la.. Kalau bubur nasi plak bleh abes semangkuk (mangkuk baby) gak la.. Tapi, kdg2 mama saje reduce portion nasi Auni. Yela takut obes lak anak mama ni nanti. Sbb sukatan yg sepatutnya 1/2 cawan sekali makan. Ni mcm dah 1cwan je kan.. Hohoho.

Aritu sebelum demam, Auni suka sgt makan nasi+sayur bayam+sup ikan. Tapi lepas baik demam ni, dia dah tak berapa selera menu tu. So mama try buat nasi+sup ayam+carrot. Alhamdulillah abes semangkuk dia makan.

:)

Susu plak Auni mnum 5oz je skrng. Kalau bancuh 6oz, mmg tak abes. Huhu. Takpela, tu pun dah mencukupi kan..

Okelah, panjang plak intro. Huhuhu. Di kala usia 9 bulan ni Auni dah pandai sengih tiap kali kita nak amek gambaq dia.. Hehehe. Mama&papa juz say, "Auni... senyummm.." dan2 tu juga dia akan sengih smbil mengecikkan mata dia.. Walaupun kdg2 takes time juga nak snap, tp Auni akan bertahan juga sengih smpai la dah kuar lampu snap tu. Mcm gambar kt bwh ni.. :P


Good girl!

Pastu, dia skrng suka sgt berlakon. Hihihi.. Pretending like sengsara abes lah! Contohnya, mama nak pi buat keja kat dapur, so letak la dia kt depan TV. Elok je mama bergerak pi dapur, Auni akan nangis kuat2, mcm sakit la konon. Bila mama cpt pth balik nak pi tgk dia, tup2 dia sengih dan depa tgn nak suh kita angkat dia. Once mama angkat, menjerit2 suka la dia kan..

Selain dari tu, Auni skrng sgt2 la aktif. Tak larat mama nak kepong. Dlm keta lg le, kalau x letak dia dlm baby car seat, bersedia lah utk berperang dgn dia. Hehehe. Kalau kita pegang dia kuat2, mula la nak menyebai.

Haihh, ikut perangai sapa tah. :P

Hee sebelum end entry arini, mama letak gambar mama+papa+Auni. ;)


P/S: Mama+papa = Auni

27 June 2011

~ Akhirnya.. ~

Assalamualaikum.

Hari ni Auni dah 8bulan,2minggu. Dah makin bijak dan nakal.

;)

Akhirnya Auni dah mau makan bubur nasi yg mama masak. Sebelum ni kan Auni langsung takmau bubur nasi. Asal masuk je nak muntah. Uhuhu.

Tapi, start semalam alhamdulillah dia dah mau makan bubur nasi.

Mama masak bubur nasi+sup ayam&kentang. Pastu blend. Auni suka sgt.

:)

Pastu Auni suka sgt makan betik. If dia nampak mama makan betik, dia mesti mai mengendeng2. Ehehehe. Dia dah pandai makan walaupun mama tak lenyek betik tu. Sbb betik kan lembut je. Auni plak dah ada gigi.. Syok la dia.

Hmm, boleh la Auni gain weight, sbb dah makan mcm2.

:P

P/S: So far betik + pisang jadi favorite fruits Auni.

16 June 2011

~ Auni 8bulan hari ~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

:)

Syukur sgt mama masih diberi peluang utk bersama Auni & papa.

Auni hari ni dah berusia 8 bulan 5 hari.

:D

Cepatnya masa berlalu. Sejak Auni lahir ni, masa dari sehari ke sehari tu rasa cpt sgt berlalu. Kdg2 apa yg dirancang tak sempat nak buat. Kononnya tak cukup masa la. Huhu. Mungkin mama xpandai nak arrange masa kot!

Perkembangan Auni skrng ni sgt memberansangkan, cukup membuatkan mama&papa tersenyum happy. Kdg2 tu masih jg rasa x percaya yg mama&papa dah ada Auni. Hee.. Yelah, mama&papa kan bercinta dr zaman study dlu.

:P

Oke, perkembangan Auni ketika 8 bulan:

1) Dah pandai tepuk tgn. Bila mama&papa say "yeayyyyy", Auni terus tepuk tgn. Pandainya anak mama! Kdg2 bila dia tgk tv, ada org tepuk tgn, dia pun join skali. Hihihih..

2) Pandai buat muku busuk (Kerutkan hidung). Bila papa kata "Auni, buat muku busuk..", Auni terus buat. Heee, taktau la dia blajaq mana tu.. :P

3) Suka menjerit. Huhuhu, yg ni mama x tahan. Smp berdengung telinga mama. Kdg2 bawak p shopping mall, sorong Auni dlm stroller, dia punya suka smp menjerit2 dgn sgt kuat. Hehe, expression Auni bila excited.

4) Dah mula pandai memanjat2. Kdg2 mama&papa tgh baring, Auni pun mai la memanjat bdn mama&papa, smp tertonggeng atas lantai. Huhuhu.

5) Dah boleh duduk (but still kena pantau). Tp dia xpandai duduk sendiri lg. Cuma bila mama ltk dia dlm posisi duduk, dia akan kekal selama beberapa minit. Kira oke la tu kan.

Mama selalu 'fall in love' dgn Auni.

:P

Sebab apa?

Sebab setiap kali Auni bgn tido pagi2, mama akan bg salam. Then Auni akan bg senyuman paling manis kt mama. Soooo sweet!

Sebab tu mama slalu jatuh cinta dgn Auni.


:P


P/S: Tp kdg2 mama stress juga bila Auni sgt buas. **tp sat ja stress nya** :P

09 May 2011

~ Menyusur & Gigi ~

Assalamualaikum.

:)

Perkembangan dan tumbesaran babies ni tak sama. Ada yg cepat tang ni, lambat tang tu. Kan.. Apapun syukur babies kita semua sihat walafiat.

Alhamdulillah.

2hari lepas, masa otw nak p jalan2 ptg2 sabtu, mama terperasan kat gusi bwh belah kiri Auni dah ada GIGI. Yeayyy! Heee, patut le asik merengek je lately. Mmg dah seminggu dua ni, gusi bwh dia bengkak. Mama ada terbaca somewhere, yg one of the symptom utk tumbuh gigi adalah swelling gum.

Cumanya baru naik sikit. Nampak gerigi tajam. Hohohoh.

Dan yg paling bestnya kan, baru jap tadi ni, mama&papa discovered yg Auni dah bleh menyusur ke depan. Hoyyyeeeeh. **Mama&papa plak yg syok terlebey**

:P

Sorry na.. Almaklumla semuanya pengalaman pertama.

Sebelum2 ni dia nampak sgt berusaha utk move forward, tp slalu gagal. Tapi, xsat ni, tup2 berjaya. Dah tu, bila dah berjaya buat sekali, berkali2 la dia buat. Heee. Maybe Auni pun baru dpt teknik2 dan tips2 utk menyusur ke dpn kot.

;)

Walaupun ada yg ckp, Auni ni kategori lambat la kan, sbb baru bleh menyusur di usia hampir 7 bulan ni, tapi, mama&papa xkisah. Janji Auni membesar dgn sihat, bijak dan aktif. Dan ada juga orang2 tua yg cakap, kalau baby tumbuh gigi dulu daripada bejalan, maknanya lambat lg la dia nak bleh berjalan.

Takpela kan, janji nanti2 bleh berjalan jg.

:D


P/S: Mama&papa sgt happy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...