Tarikh 11.11.11, maka bermulalah kehidupan aku sebagai 'papa tunggal' selama dua minggu disebabkan mama terpaksa ke Perak mengikuti kursus. Selepas mama bertolak kira-kira jam 10.30 pagi, tinggallah aku dan dan si tecit Auni... Masa tu kira okey lagi, everything under control. Selepas mandikan Auni, makan nasi minum susu dan tidurkan dia, aku pun take over la keja2 mama, basuh pinggan mangkuk, kemas mainan Auni dan siapkan barangan dia untuk ke sekolah..
Jam 2 petang, dengan berat hati aku hantar Auni ke sekolah kerana ada tugasan lain.. Selesai kerja aku jemput Auni lebih kurang 7 malam... Episod kelam kabut pun bermula kerana deadline aku semakin hampir, kurang sejam untuk siapkan dua story liputan lawatan kerja Yang di-Pertuan Agong ke Melaka. Masa yang sama Auni merengek nak susu, nak didodoikan... Selesai uruskan anak dara pengarang jantung, aku sambung kerja macam lipas kudung dan everything settle on time...
Malam pun menjelma, seperti biasa susukan Auni, layan dia main kat ruang tamu dan jamu nasi. Lepas semua selesai, giliran aku pulak nak 'mencekik' selepas seharian sebutir nasi pun tak masuk dalam perut.
TIBA-TIBA, gelak ketawa, rengekan manja si anak dara hilang, suasana sunyi, hanya suara kartun BabyTV jer kedengaran. Paling belakang rupa-rupanya, buah hati pengarang jantung dah tertidur masa bermain doll dia. Kesiannya anak papa, letih main kat sekolah kot...
Selesai makan, angkat la si puteri tu masuk bilik... Selesai lagi satu bab...
Kucupan kasih sayang hinggap di pipi sang puteri dengan iringan doa semoga ceria apabila menjelang pagi seceria mentari. Seperti biasa, jam 4 pagi rengekan si tecit memecah kesunyian minta disusukan sebelum kembali beradu.
Jam 7 pagi tiba-tiba badan aku terasa panas, buka mata kelihatan si tecit baring di atas badan aku. MasyaAllah, panas sungguh badan... Cepat2 aku capai termometer dan check suhu, 39.3 o celcius... Hampir demam panas.. Tidak melengahkan masa, aku sumbat 'ubat peluru' dalam bontot Auni... Alhamdulillah, kira-kira 2 jam selepas tu suhu menurun... Hati kecil berkata, mungkin Auni rindukan mama sebab selalu tidur bertiga, mama, papa dan si tecit Auni...
~ Tak sabar rasanya menunggu kepulangan mama...
No comments:
Post a Comment