19 July 2011

~ *_* ~

Assalamualaikum.

Tadi lepas papa Auni mandikan Auni, mama saje pakai kan tudung mama kat Auni.

:P


Heee, anak mama comey la tutup aurat.

;)

P/S: Semoga Auni menjadi anak yg solehah ye syg.. InsyaAllah.

15 July 2011

~ Auni 9 bulan, 1 minggu ~

Assalamualaikum.

Kali ni entry sempena Auni dah masuk 9 bulan.

:D

Seperti biasa la kan, nak update perkembangan terkini Auni.. Hee.

Minggu lepas Auni demam, diarrhea dan kurg selera makan. Huhuhu.. Mula2 risau juga la, takut dia jadi mcm aritu (masa 6bulan), demam dgn muntah2. Tapi, alhamdulillah tak seteruk tu. Cuma selera minum susu tu kurang. Sebelum2 ni Auni mnum susu 6oz. Kdg2 pagi2 bangun je tidoq, dia minum smpai 7oz tau. Hebat kan!

:P

Tapi demam + diarrhea baru ni dia minum sikit sgt. Skali mnum 2oz je tau. Tu pn jarang2 sgt dia nak mnum. Kdg2 jarak minum tu smpai 5,6jam. Huhu.. Susah hati juga mama&papa ni..

Oleh sbb diarrhea, Auni nye kawasan lampin melecet teruk. So setiap kali dia nak kencing, nangis la dia. Pedih kot gamaknya..

Memula mama&papa igt xmau la pi klinik, sbb dah tau dah Doc akan kasi garam utk diarrhea tu kan.. Tapi disebabkan melecet tu, mama&papa bwk la juga Auni pi klinik. Dan as expected, Doc kasi ubat sapu. Yelah, nak kasi apa lg kan.. Huhuhu.

Sapu je krim tu, esoknya nampak makin oke. Alhamdulillah.

Bab nak kurgkan diarrhea tu, mama&papa belikan susu extracare utk Auni. Mmg dah tau dah, setiap kali Auni diarrhea, tu le jalannya utk sembuhkan..

Rupanya Auni demam+diarrhea kali ni sbb nak tumbuh gigi atas pulak. Sume tu ada kaitan la dgn kurangnya selera makan Auni tu.. Nampak gusi atas dia bengkak besaq sgt.

Tapi skrng ni dah keluar dah gigi atas sebelah kanan.. Yeayy!

;)

Auni dah ada 3 btg gigi la skrng ni. Gigi atas sebelah kiri pn xlama lagi muncul lah tu. Hehehehe..

Dah nampak 'tua' dah Auni.

:P

Skrng ni selera makan Auni dah back to normal. Kalau nestum, 3 sudu besaq tu abes licin la.. Kalau bubur nasi plak bleh abes semangkuk (mangkuk baby) gak la.. Tapi, kdg2 mama saje reduce portion nasi Auni. Yela takut obes lak anak mama ni nanti. Sbb sukatan yg sepatutnya 1/2 cawan sekali makan. Ni mcm dah 1cwan je kan.. Hohoho.

Aritu sebelum demam, Auni suka sgt makan nasi+sayur bayam+sup ikan. Tapi lepas baik demam ni, dia dah tak berapa selera menu tu. So mama try buat nasi+sup ayam+carrot. Alhamdulillah abes semangkuk dia makan.

:)

Susu plak Auni mnum 5oz je skrng. Kalau bancuh 6oz, mmg tak abes. Huhu. Takpela, tu pun dah mencukupi kan..

Okelah, panjang plak intro. Huhuhu. Di kala usia 9 bulan ni Auni dah pandai sengih tiap kali kita nak amek gambaq dia.. Hehehe. Mama&papa juz say, "Auni... senyummm.." dan2 tu juga dia akan sengih smbil mengecikkan mata dia.. Walaupun kdg2 takes time juga nak snap, tp Auni akan bertahan juga sengih smpai la dah kuar lampu snap tu. Mcm gambar kt bwh ni.. :P


Good girl!

Pastu, dia skrng suka sgt berlakon. Hihihi.. Pretending like sengsara abes lah! Contohnya, mama nak pi buat keja kat dapur, so letak la dia kt depan TV. Elok je mama bergerak pi dapur, Auni akan nangis kuat2, mcm sakit la konon. Bila mama cpt pth balik nak pi tgk dia, tup2 dia sengih dan depa tgn nak suh kita angkat dia. Once mama angkat, menjerit2 suka la dia kan..

Selain dari tu, Auni skrng sgt2 la aktif. Tak larat mama nak kepong. Dlm keta lg le, kalau x letak dia dlm baby car seat, bersedia lah utk berperang dgn dia. Hehehe. Kalau kita pegang dia kuat2, mula la nak menyebai.

Haihh, ikut perangai sapa tah. :P

Hee sebelum end entry arini, mama letak gambar mama+papa+Auni. ;)


P/S: Mama+papa = Auni

04 July 2011

~ Lagi2 rindu ~

Assalamualaikum.

Tgh2 buat keja kt ofis, tiba2 rasa rindu sgt kat si tecit Auni nih. So apa lg, pause jap keja, teruih update blog.

:)

Hari ni Auni kena pi sekolah awai2 pagi. Kul 730pagi dia dah kena mandi. Tp suka kemain dia. Hehe. Mengekek je suka!

Sebab papa ada assignment pagi juga, mama pun ada kelas pukul 830pagi.

Nak tak nak, kena la hantar Auni masa mama nak keluar pi keja tadi. Kebetulan plak pagi ni Auni bangun awal. Masa mama bangun solat Subuh, dah nampak Auni resah dlm babycot dia. Lapaq la tu. Hehe.. Tapi, mama biarkan je dlu dia bergolek2 dalam tu.

Sudah solat, baru bancuh susu, dan papa yg tlg nyusukan.

Sebab mama nak iron baju dan siap2. Auni papa yg mandikan.

Masa hantar dia tadi pun, rasa sayu spt selalu. Ye la, hati mak mana yg tak terusik bila org lain yg tlg jagakan anak kan. Hmm, kalau ada peluang mmg nak je jaga dan mengasuh sendiri. Pengorbanan kan.

So satg pukul 3 mama dah nak balik.

Erk, mama bkn ponteng keja tau, mmg mama punya keberadaan di ofis smp pukul 3ptg. Kalau nak stay smpai petang dialu2kan la kan. Hehe.

Mama takmau stay smp ptg2 sbb hari lain mama ada kelas pukul 530ptg. Hari takdak kelas ptg kena la balik awai. Blk jumpa buah hati kesygn mama. Ada 2 org tau. Sapa lagi kalau bukan papa & si tecit Auni.

Hohohoh!

Buah hati lain dok jauh. Mak, adik2 suma nun di Kedah nun. Hehehe.

Oke, time's up for blogging. Nak siap2 balik amek Auni. Yeay!



P/S: Eh mula2 igt nak update pasai menu bubur Auni, tp melalut plak!


30 June 2011

~ Puteri kesayangan mama ~

Assalamualaikum.

Auni lately selsema sikit. Asik berhingus je, cuma tak kronik sgt la. Lepas mandi, or lepas bersin baru nampak hingusnya.

Huhuhu.

Tadi lepas mandikan dia, papa dah sedut dah. Hopefully she's getting better la kan.

Owh, hari ni mama puasa. So masa nak berbuka puasa tadi, letak la Auni dlm walker. Sbb skrng ni dia sgt aktif, dan asik memunggah. Part yg dia paling suka adalah decoder astro. Papa punya brg kesygn tu.

:P

Mama tgh makan kt dapur, so takut plak kot dia buat apa2 yg di luar jangkauan kan, that's y letak dlm walker. Pasangkan channel BabyTV kat dia. Auni sgt suka watching the channel.

:)

Lepas berbuka, mama terus la solat Maghrib. Papa plak selesai Maghrib, terus pi keja. Ada a'ment nak kena cover.

Elok je sudah maghrib, mama terus ke ruang tamu nak tgk Auni. Tup2, tgk dia dah tertidoq dah dlm walker tu. Kepala melangut, terlentok kat kusi walker. Mama terus rasa sebak!

Sob sob.

Ye la, rasa mcm siannya dia sampai tertidoq dlm walker. Mungkin asyik sgt dengaq lagu kat channel BabyTV + rasa mengantuk yg amat kot.

Mama terus kuarkan Auni dr walker dan dia pun lentokkan kepala atas bahu mama.

Lagi la rasa kasih yg amat kat puteri kesygn mama nih. Huhuhu.

Mama cium pipi Auni dan letak dlm babycot.

:)

Satg dia bgn la tu, minum susu.


P/S: Kasih ibu membawa ke syurga.

27 June 2011

~ Akhirnya.. ~

Assalamualaikum.

Hari ni Auni dah 8bulan,2minggu. Dah makin bijak dan nakal.

;)

Akhirnya Auni dah mau makan bubur nasi yg mama masak. Sebelum ni kan Auni langsung takmau bubur nasi. Asal masuk je nak muntah. Uhuhu.

Tapi, start semalam alhamdulillah dia dah mau makan bubur nasi.

Mama masak bubur nasi+sup ayam&kentang. Pastu blend. Auni suka sgt.

:)

Pastu Auni suka sgt makan betik. If dia nampak mama makan betik, dia mesti mai mengendeng2. Ehehehe. Dia dah pandai makan walaupun mama tak lenyek betik tu. Sbb betik kan lembut je. Auni plak dah ada gigi.. Syok la dia.

Hmm, boleh la Auni gain weight, sbb dah makan mcm2.

:P

P/S: So far betik + pisang jadi favorite fruits Auni.

16 June 2011

~ Auni 8bulan hari ~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

:)

Syukur sgt mama masih diberi peluang utk bersama Auni & papa.

Auni hari ni dah berusia 8 bulan 5 hari.

:D

Cepatnya masa berlalu. Sejak Auni lahir ni, masa dari sehari ke sehari tu rasa cpt sgt berlalu. Kdg2 apa yg dirancang tak sempat nak buat. Kononnya tak cukup masa la. Huhu. Mungkin mama xpandai nak arrange masa kot!

Perkembangan Auni skrng ni sgt memberansangkan, cukup membuatkan mama&papa tersenyum happy. Kdg2 tu masih jg rasa x percaya yg mama&papa dah ada Auni. Hee.. Yelah, mama&papa kan bercinta dr zaman study dlu.

:P

Oke, perkembangan Auni ketika 8 bulan:

1) Dah pandai tepuk tgn. Bila mama&papa say "yeayyyyy", Auni terus tepuk tgn. Pandainya anak mama! Kdg2 bila dia tgk tv, ada org tepuk tgn, dia pun join skali. Hihihih..

2) Pandai buat muku busuk (Kerutkan hidung). Bila papa kata "Auni, buat muku busuk..", Auni terus buat. Heee, taktau la dia blajaq mana tu.. :P

3) Suka menjerit. Huhuhu, yg ni mama x tahan. Smp berdengung telinga mama. Kdg2 bawak p shopping mall, sorong Auni dlm stroller, dia punya suka smp menjerit2 dgn sgt kuat. Hehe, expression Auni bila excited.

4) Dah mula pandai memanjat2. Kdg2 mama&papa tgh baring, Auni pun mai la memanjat bdn mama&papa, smp tertonggeng atas lantai. Huhuhu.

5) Dah boleh duduk (but still kena pantau). Tp dia xpandai duduk sendiri lg. Cuma bila mama ltk dia dlm posisi duduk, dia akan kekal selama beberapa minit. Kira oke la tu kan.

Mama selalu 'fall in love' dgn Auni.

:P

Sebab apa?

Sebab setiap kali Auni bgn tido pagi2, mama akan bg salam. Then Auni akan bg senyuman paling manis kt mama. Soooo sweet!

Sebab tu mama slalu jatuh cinta dgn Auni.


:P


P/S: Tp kdg2 mama stress juga bila Auni sgt buas. **tp sat ja stress nya** :P

27 May 2011

~ Auni 7 bulan, 2 minggu ~

Assalamualaikum.

Lamanya blog ni tak berupdate.

Sepatutnya mama kena update once Auni dah genap 7bulan. Tapi disebabkan malas+takde masa konon2nya, so takde la new entry.

;)

So harini dah alang2 MC sbb demam, amek le peluang update serba sikit. Walaupun kepala agak sakit dan rasa berat sgt, tp x bleh layan sgt. Kang ada yg tidoq je sepanjang hari. Huhuhu.

Auni di kala usia 7 bulan lebih ni, dah byk benda baru tunjuk kat mama&papa. Antaranya:

1. Yeay! Finally Auni dah bleh menyusur ke sana ke sini. Kiranya bleh move forward, backward, turn left, right. Heee. Dan mama&papa sgt le letih sbb asik nak kena kepong Auni. Kalau x, abes frame2 gambar ats rak TV dipunggahnya.

2. Gigi sebatang tu dah makin terserlah. Sengih je nampak gigi. Dah mcm budak besar
plak Auni ni. :P Lagi sebatang gigi coming soon. Sbb dah nampak ciri2 nak keluar dah. :D

3. Kuat menyusu. Skrng kalau terlambat bg susu, dgr la Auni mengamuk. Huhuhu. Nangis mcm x minum 2,3 hari tu. :P

4. Dah bleh duduk tp still kena support la. Time mandi skrng agak mudah. Dudukkan Auni dlm sinki dlm bathroom, tp lapik dgn baby bath mat supaya x licin. So keje mama&papa leb
ih mudah dan cpt. :P

5. Nampak dah makin berselera utk makan. Cuma still continue dgn cerelac, tak cuba lagi dgn bubur nasi, since dia takmau dulu tu. Kena try lagi ni..


Seronok kan tgk perkembangan anak dpn mata. Alhamdulillah masih diberi peluang ni.


P/S: Satg nak introduce papaya kat Auni. ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...