11 July 2016

Apa dosa Auni

Apa dosa Auni

Baringmu dicerca
Dudukmu dihina
Gelak tawamu tidak disuka
Guraumu tidak diterima

Apa dosa Auni

Cakapmu dibalas tengking
Manjamu ditenung jeling
Tangismu dikata nyaring
Jalanmu, tingkahmu semuanya pasti dituding

Percayalah anakku
Dunia ini berpusing...

29 May 2015

Warkah Papa Untukmu (2)

Auni
Doa papa suatu hari nanti
Dirimu membesar gadis sunti
Jagalah akhlak pertahan pekerti
Pelihara kehormatan dan maruah diri
Biar diri dihina dicaci
Maruah keluarga jangan dikotori
Biar diri dipulau dibenci
Percayalah Allah ada disisi
Jangan letakkan dirimu umpama puteri
Meradang jika hasratmu tidak dipenuhi
Jadilah seperti Fatimah puteri Nabi
Dijanjikan syurga oleh ya Robbi

Suatu hari papa kan pergi
Tiba masa mengadap Ilahi
Tika itu tiada lagi papa disisi
Pandai dirimu menjaga diri
Pemergian ku usah ditangisi
Kuatkanlah dirimu bagai srikandi
Tahan air matamu mengalir dipipi
Jagalah mama dan adikmu sendiri
Usah dibiar mereka disakiti

Tanggungjawabmu berat sekali
Hidup ini tak semudah A B C
Bukan juga seringkas One Two Three
Didiklah dirimu berdikari
Hadapilah masalahmu jangan lari
Berpeganglah kepada al-Quran dan sunnah Nabi
Takkan sesat digoda duniawi...

Putera papa Aysar
Suatu hari kau akan membesar
Jadilah gagah umpama Abu Bakar
Digeruni lawan di Perang Badar
Pada mama sayangmu janganlah pudar
Kelak diakhirat disoal Mungkar
Hidupmu janganlah terlalu gusar
Kerna Allah suka yang sabar
Manfaatkan dunia hidup yang sebentar
Carilah rezeki yang luas bertebar
Halal dinikmati haram dihindar

Jagalah kakakmu jangan dibiar
Pertahankan dia jika dikasar
Dalam badanmu darah pendekar
Mesti berani jangan gentar
Tanamkan di hati sifat sabar
Jangan cepat melatah bila dicabar

Hidup ini amatlah sukar
Tidak seperti yang kau diajar
Perlu banyak usaha dan ikhtiar
Masa depan sangat mencabar
Jika lemah pasti terbiar
Ada ketika fajar tidak bersinar
Janganlah sedih jika petir yang berkejar
Banyakkan zikir ribukan istigfar
Kerna maut tak merisik khabar...


15 May 2015

Warkah Papa Untukmu

Assalamualaikum anak-anak papa

Auni
Hadirmu bak sesuci embun pagi
Gelak tawa riangmu tak pernah sunyi
Dari dulu hingga kini
Tidur malammu masih ditemani
Tanpa garu lenamu tak bermimpi
Senang hati melihat seleramu menjadi-jadi
Apatah bila dihidangkan kepadamu kari
Lebih menjadi bila rempahnya diadun sendiri
Oleh mamamu yang disayangi

Kini dirimu bukan lagi bayi
Perlu ditatang malam hingga ke pagi
Gosok gigi dan mandi yang dulunya kau takuti
Tanpa suruh kini kau penuhi
Tinggimu bertambah inci setiap hari
Rambut ikalmu memukau sanubari
Hitam manismu tetap berseri
Dikaulah puteri di hati kami...

Aysar
Kenangan bersamamu tak pernah pudar
Bila hadirmu di dunia ini memberi gusar
Tak berhenti muntah bertukar cadar
Tidur tak lena kepada berputar
Fikirkan nasibmu harap bertukar
Mama papa tak putus ikhtiar
Tak cukup duit kami pinjam dan bayar
Semoga deritamu berlabuh layar

Alhamdulillah Allah mendengar
Rintihan kami yang penuh sabar
Dirimu kini sihat dan membesar
Keletahmu manja kadang-kala kasar
Orang kata itu tandanya anak pintar
Kami redha pasrah tapi menguji sabar
Senyum tawamu umpama penawar
Dipeluk dicium ketika bersandar
Hilang penat marahpun pudar...


07 October 2013

Berkurun Sudah

Assalamualaikum.

Ya Allah, last mama update awal tahun 2012. Tu pun last entry masa Auni umur setahun 7 bln. Skrg dah penghujung 2013 dah. Auni pun 3 hari lagi cukup 3 tahun. Betapa lamanya mama abaikan blog Auni ni. 

Bila cuba utk recall blk, apa sbb tak update, takde jawapan yg khusus. Sbb kat blog mama sendiri, ada jg update walaupun boleh dikira berapa je entry nya. Skrg pun Auni dah ada adik, Aysar namanya. 3 bln ++ umurnya. Nanti mama kena tukar header's name utk blog ni. Kena letak nama adik sekali. 

:)

Tujuan asal blog ni wujud dulu adalah utk update segala perkembangan Auni, so ni dah lost byk dah. 

Rasa bersalah pulak. Nak store dlm memori otak ni pun, pepaham le, byk benda yg kdg kita dah x igt kan. So bila ada dlm blog ni, rindu2 ke boleh la godek2 baca kan. Apapun di usia Auni hampir 3 tahun ni, dah masuk peringkat toddler dah kan, mcm2 kerenah dah dia. Kdg2 boleh buat mama hilang sbr. Sejak ada adik ni, kuat pulak memberontaknya dia. 

Huhu.

Taktau silap kt mana. Mungkin Auni jeles kot, sebelum ni mama&papa mmg 100% bagi tumpuan kat dia. Skrg tak boleh dah mcm tu. Ada ketikanya adik lebih memerlukan mama&papa. Tahap jeles dia tu, ada ketikanya naik jg kaki tgn dia atas kepala adik la, kat muka la. 

Sob sob!

Mama pun rasa bersalah jg sbb skrg mama slalu tinggi suara kat Auni. Tapi mama bknnya tak sygkan Auni, cuma tu la, Auni punya kerenah tu sgt menguji kesabaran! Mama slalu berdoa supaya Allah kurniakan mama dgn rasa sabar yang tinggi dalam mama membesarkan & mendidik anak2 mama ni. 

Nanti mama akan selalu update cerita ttg Auni & Aysar dlm blog ni ye. Kalau x hilang, insyaAllah bila Auni dah pandai baca nanti, Auni boleh baca. Hehe. 


P/S: Auni makin melidi dek kerana selalu takde selera makan. :(

30 April 2012

~ Mama&Papa Love Auni ~

Assalamualaikum.


It's been very long time since last update. 


:)


Kali ni mama update juga walaupun ada sikit rasa mls. Hehe. Auni dah nyenyak dibuai mimpi, papa plak belum balik kerja. So disebabkan bosan dan tgk tv sorang2, mama pun buka la blog nih yg dah mula bersarang. 


Hari ni dah hari terakhir di bulan April utk tahun 2012. Esok dah Mei. 11hb Mei nanti, Auni genap 1 tahun 7 bulan. Tapi, 2hb Mei dia baru nak dptkan injection. Sepatutnya masa umur setahun 5 bulan pun dah boleh inject, tp nurse kat KK letak tarikh appointmentnya 2hb. 


Tak sbr mama nak pi KK lusa. Nak juga tau berapa berat terkini Auni. Rasanya mungkin x byk sgt naiknya. Walaupun lately dia mkn byk, dan kuat minum susu, tapi tgk saiz bdn mcm kecik je. Kurus anak mama nih. 


:P


Kurus pun takpelah, janji anak mama sihat selalu ye.. 


Di usia skrng ni, dah makin bertambah vocabulary Auni. Setiap perkataan yg mama&papa sebut, alhamdulillah dah byk yg dia boleh ikut sebut. Dah boleh faham arahan-arahan ringkas. Cthnya minta tlg ambil brg, suruh duduk, ajak mandi.. 


Kalau dulu, dia x berapa gemar dgn doll, teddy bear. Tapi, skrng dah nampak girly dah. Suka sgt dgn teddy bear, sampaikan nak tido pun mesti berteman dgn mana2 satu teddy. 


Auni juga dah pandai makan sendiri guna sudu. Walaupun ada yang tumpah, tapi alhamdulillah yg masuk ke mulut pun banyak. Mama&papa sooo happy syg.. 


Tgk perkembangan anak dari hari ke hari, rasa mcm tak percaya pun ada. Cpt sgt dia membesar. Kdg2 sebak pun ada. Yela, ada hari yang sgt bz, sampaikan kurang masa utk Auni. Bukannya mama sengaja, tp tu lah tuntutan dunia kan. 


Tapi, takpe, insyaAllah mama akan cuba manage masa dgn sebaik2nya. Mama akan terus berusaha utk jadi ibu yg terbaik buat Auni. 


:)


Mama Papa & Si Tecit Auni
Abaikan kegelapan gmbr. :)


P/S: Auni dpt cousin lagi sorg. Baby boy. So skrng dah ada 2 cousin. ;) 


19 January 2012

~ Auni 1 tahun 3 bulan ~

Assalamualaikum.

Lama mama tak jenguk sini, terlalu bz lately. Alasan cliche kan. Tp itulah realitinya.

Cpt sungguh masa berlalu, 11hb Jan lepas Auni genap setahun 3 bulan. Dan di usia ni lah Auni baru boleh berjalan sendiri. Syukur padaMu ya Allah!


Walaupun agak terbelakang dgn kwn2 seusia yg lain, tp takpe, mama tak kisah. Mcm mama penah ckp dulu, perkembangan babies ni berbeza-beza. Auni mmg lambat berjalan, tp gigi dia tumbuh awal, seawal usia 5 bulan. Dan dia cepat boleh berckp.

:)


Skrng ni apa je yg mama&papa sebut, Auni seboleh2nya akan ikut. Cthnya bila mama sebut 'shoes', Auni pun dgn muncung mulut, sebut 'chooooos'.. Hehehehe.. Bila papa sebut 'Allahhhh', dia pun sebut 'Awwwwaaahhh'.
Hehehe..

Walaupun x jelas, tp takpela, pelan2 kan.

Dan yg paling ketara skrng, kawasan jajahan Auni dah makin meluas. Smp ke rak & kabinet dapur dia memunggah dan main. Huhuhu.. Mama masak kat dapur, dia pun kalut nak masak jg. Tak padan dgn kecik!

Bdn pun dah makin debab. Sbb dia sgt berselera mkn. Susu pun kerap. Maybe effect dari multivitamin kot. Dlu dia mmg susah makan, so try bagi Appeton Multivitamin with Lysin utk 0-12bulan. Even though time dia mula consume multivitamin tu time umur dia dah 1 tahun, tapi sbbkan takde multivitamin utk babies bwh 2 tahun, so try je lah.

Cara consume adalah titis dlm makanan/minuman atau direct dlm mulut baby. Mama pilih nak titis dlm susu. 1ml setiap pagi (before meal). Tapi mama takde la bg tiap2 hari. Kdg2 terlupa, kdg2 sengaja takmau bagi.

So skrng ni boleh dikatakan Auni tak cerewet sgt la bab mkn2 ni. Nasi + ikan bilis goreng pun dia makan, janji ada nasi.. Hehehe. Dia paling suka makan buah epal. Kdg2 sekali makan, boleh smpai 3,4 potong.

Takpela sementara berselera kan.

:)

Cuma sejak 2 minggu kebelakangan ni Auni mcm kena alahan. Bdn, kaki, tgn, muka kerap naik bintat2 mcm kena gigit semut, tp besar2, dan merah2. Doctor bg extra 3 hari lagi utk pantau. Kena bg ubat alahan & ubat gatal, lepas 3 hari kalau jadi juga kena bwk jumpa specialist. Huhuhu.. Mama&papa dah cuba mcm2. Try tukar susu (kot2 tetiba alah susu lembu), guna susu formula kambing. Tak jalan jg, naik juga bintat2. Try tukar sabun mandi, sabun cuci baju, stop makan ayam, tapi masih juga jadi. Alahan tu mcm ON/OFF. Hari ni naik kat muka, esoknya kt muka hilang, tp naik kt bdn plak.

Haihh.

Tah apa la yg tak kena kat anak mama ni ye..

Yg membuatkan mama lega sket tu, Auni takde plak garu2 ke bintat2 tu, takde lak merengek2 ke. Dia masih aktif mcm biasa, cumanya kita yg tgk ni la rasa mcm sakit sgt. Huhuhu.

Apapun mama doakan Auni cpt sembuh dari alahan tu..

Mama letak sekeping gambar terkini Auni.

:)



P/S: Mama&papa love u so much!


23 December 2011

~ Buah Hati Mama&Papa ~

Assalamualaikum.

Dah beberapa bulan rasanya tak update sini. Dok update blog sndiri je. Heee papa pun sama, langsung tak de usaha nak update cerita terkini ttg Auni. Last2 mama le juga yg buat.


:P

Auni skrng dah berusia setahun 2bulan ++. Dah besar dah anak mama ni.. Sejak melepas usia 6bln, terus je rasa masa ni cpt sgt berlalu. Rasa mcm xpuas je menikmati saat2 bersama Auni. Rasa rindu plak masa mula2 dia dok bergolek2 atas tilam, masa dia nak tido pun mesti berdodoi. Skrng ni jgn hrp nak bleh peluk dia, dodoi dia smp dia tido. Dia nak tido sndiri atas katil. Heee.


Kalau mama sibuk juga nak dodoi dan tepuk2 dia, mata dia langsung takmau pejam, lagi bulat ada la.

;)

Vocabulary Auni pun dah bertambah. Dah byk words yg dia bleh sebut walaupun tak berapa jelas. Contohnya bila mama sebut "baju", dia pun akan ikut sebut "baaaajuu" even though sometimes sound like "baaatu".

:P

Baru ni ajar dia sebut word "tesco". Dia pun follow, tp bunyinya "koko". Hehehe. Bila papa tanya, "Auni suka pegi mana???" Dia pun laju2 sebut "koookooo"..

Pastu dah pandai geleng2 atau angguk2 kepala bila mama&papa tanya sama ada Auni nak susu ke, nak sleep ke.. Hehehe. Walaupun kdg2 dia buat kedua2nya, angguk pun ye, geleng pun ye.

:D

Di usia skrng ni, Auni masih belum pandai berjalan sendiri lg. Cumanya dia baru bleh melangkah setapak dua dgn sendiri. Tp kalau berpimpin, dia boleh je jalan. Dia belum stabil lagi nak berjalan sndiri. Walaupun ada je mulut2 yg kata Auni lambat berjalan, tp mama&papa tak kisah. Setiap baby, perkembangannya tak sama kan. Auni lambat berjalan, tp petah berckp (bahasa dia le)..

Gigi pun dah byk dah, siap dah ada sebatang geraham. Hehe patut le asik demam je kan..

Dan dia sgt suka menari. Tiap kali dgr muzik je, terus menari. Hehe comel je! Auni ni pun sgt le peramah. Bwk dia p shopping mall, semua org dia tegur.

:)

Hmmm, alhamdulillah. Seronok mama&papa tgk perkembangan Auni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...