13 November 2011

Diari Papa ~ Day 2

Baru dua hari mama tiada, rasa macam dua tahun... Hari ni merupakan hari yang paling mencabar kerana si tecit Auni demam, aku pun demam sama. Boleh di katakan hampir 24 jam dok dalam bilik jer, jelum kepala Auni dengan air asam jawa.. Orang kata baik untuk keluarkan panas dalam badan so aku cuba laa..

Pagi Auni bangun dengan ceria, tapi tak lama. Lepas mandi, main2 kat ruang tamu dia mula merengek. Pegang badan dah panas, terus bawak masuk bilik dan jelum kepala... Masa tu tak tau nak buat apa... Panas badan makin naik, so dalam kul 4 petang aku terpaksa bawak Auni ke klinik..

Masa kat klinik doktor pesan jangan amalkan sangat 'ubat peluru' sebab boleh menyebabkan hati rosak.. Terkejut gak aku, nasib baik la hari ni belum lagi bagi ubat tu. Dia kata untuk cepat baik kena bagi ubat makan juga... Okla, apa boleh buat walaupun pengalaman sebelum ni Auni akan muntah bila masuk ubat ikut mulut.

Jam 8 malam, buat pertama kalinya nak 'sembur' ubat demam guna picagari dalam mulut Auni. Siap dok dalam toilet sebagai persediaan kot muntah.. TAPI, si tecit tu macam suka pulak.. Siap isap2 lagi picagari tu walaupun masa 1st shot ada tanda2 nak muntah. Syukur sangat Auni dapat makan ubat... Bukan satu tapi 3 jenis, demam, batuk & selesema dan antibiotik....

Lebih kurang pukul 9 malam Auni tido mungkin sebab lalok ubat kot... Bermulalah episod menguruskan diri pulak... Demam dan tak lalu makan... Nak makan ubat kot lalok pulak sampai tak sedar kot Auni nangis.. So aku pun makan buah-buahan saja.... Dalam kul 10 camtu, tekak dah loya, perut dan bergelodak, uuuwweeeekkkkkkkkk... Aku muntah pulak... Badan lemah, terus masuk bilik join Auni tido....

~ Banyak belajar erti kesabaran dan kesusahan menguruskan rumah dan anak, tima kasih mama sebab tak pernah merungut selama ni..


12 November 2011

Diari Papa ~ Day 1

Tarikh 11.11.11, maka bermulalah kehidupan aku sebagai 'papa tunggal' selama dua minggu disebabkan mama terpaksa ke Perak mengikuti kursus. Selepas mama bertolak kira-kira jam 10.30 pagi, tinggallah aku dan dan si tecit Auni... Masa tu kira okey lagi, everything under control. Selepas mandikan Auni, makan nasi minum susu dan tidurkan dia, aku pun take over la keja2 mama, basuh pinggan mangkuk, kemas mainan Auni dan siapkan barangan dia untuk ke sekolah..

Jam 2 petang, dengan berat hati aku hantar Auni ke sekolah kerana ada tugasan lain.. Selesai kerja aku jemput Auni lebih kurang 7 malam... Episod kelam kabut pun bermula kerana deadline aku semakin hampir, kurang sejam untuk siapkan dua story liputan lawatan kerja Yang di-Pertuan Agong ke Melaka. Masa yang sama Auni merengek nak susu, nak didodoikan... Selesai uruskan anak dara pengarang jantung, aku sambung kerja macam lipas kudung dan everything settle on time...

Malam pun menjelma, seperti biasa susukan Auni, layan dia main kat ruang tamu dan jamu nasi. Lepas semua selesai, giliran aku pulak nak 'mencekik' selepas seharian sebutir nasi pun tak masuk dalam perut.

TIBA-TIBA, gelak ketawa, rengekan manja si anak dara hilang, suasana sunyi, hanya suara kartun BabyTV jer kedengaran. Paling belakang rupa-rupanya, buah hati pengarang jantung dah tertidur masa bermain doll dia. Kesiannya anak papa, letih main kat sekolah kot...


Selesai makan, angkat la si puteri tu masuk bilik... Selesai lagi satu bab...

Kucupan kasih sayang hinggap di pipi sang puteri dengan iringan doa semoga ceria apabila menjelang pagi seceria mentari. Seperti biasa, jam 4 pagi rengekan si tecit memecah kesunyian minta disusukan sebelum kembali beradu.

Jam 7 pagi tiba-tiba badan aku terasa panas, buka mata kelihatan si tecit baring di atas badan aku. MasyaAllah, panas sungguh badan... Cepat2 aku capai termometer dan check suhu, 39.3 o celcius... Hampir demam panas.. Tidak melengahkan masa, aku sumbat 'ubat peluru' dalam bontot Auni... Alhamdulillah, kira-kira 2 jam selepas tu suhu menurun... Hati kecil berkata, mungkin Auni rindukan mama sebab selalu tidur bertiga, mama, papa dan si tecit Auni...

~ Tak sabar rasanya menunggu kepulangan mama...


13 October 2011

~ Happy 1st birthday Auni! ~

Assalamualaikum.

11hb lepas genaplah umur Auni 1 tahun. Alhamdulillah, dipjgkan umur mama,papa & Auni utk sama2 celebrate it for the 1st time.

:)

Lepas blk keje 11hb tu, mama&papa terus bwk Auni p Jusco. Just belikan sebiji chocolate lava from SR. Saje celebrate kecil-kecilan dlu. Pastu cucuk sebatang lilin kecik. Hee padahal Auni belum pandai nak tiup lilin. Last2 mama yg tiupkan.


For the 1st time jg Auni makan kek coklat. Tp sesudu dua je masuk mulut, lepas tu dia dah takmau. Hehe. Takpela, bagus la camtu kan, sbb mama saje nak bg rasa sikit2 je. Dan kek tu sgtttt la manis. Huhu.

Nanti insyaAllah nextweek baru nak buat makan2 kat nursery Auni.


Smlm p checkup Auni. Dpt injection 3 serangkai.. Nangis juga la dia time inject. Sbb dia mmg tgh mengantuk + lapar so tup2 sakit kena cucuk plak kan. Sian anak mama.

Berat Auni umur setahun ni baru 8.7kg. Ringan sungguh, padahal masa lahir dlu berat kemain. Hehehe. Takpelah, janji anak mama sihat, cerdik & aktif.

Srng ni lasak nya bukan main2.. Punggah sana, punggah sini. Haiihh, rumah tak sempat berkemas, baru 5min mama kemas, dia dah punggah blk. Huhu.. Pastu suka memanjat sana sini. Tp paling dia suka panjat kusyen.

Dah tu, pantang nampak benda2 kecik2, halus2, sume dia amek sumbat masuk mulut. Kdg2 kita tak perasan pn benda tu, dia dlu yg nampak. Tp yg peliknya bila bg makanan, cthnya sepotong buah epal ke, dia tak plak masuk mulut. Dia ramas2, dan buang! Heran kan..

Kdg2 mama ni ter'naik' angin jg la melayan kerenah Auni ni. Tp cpt2 istighfar, sedarkan diri yg anak ni amanah Allah, lgpun dia masih baby lagi, mana reti apa2 kan. So kena ajar baik2, tegur baik2.

Mama selalu berdoa semoga Allah beri mama kesabaran & ketabahan utk besarkan Auni menjadi anak yg solehah. InsyaAllah.


:)

Happy birthday sayang!



P/S: Mama masih confuse, nak bg present apa utk 1st birthday Auni..

14 September 2011

~ Auni 11 Bulan ~

Assalamualaikum.

11hb lepas genap la umur Auni 11 bulan. Time flies so fast!

Lagi sebulan genap la Auni setahun. Tak sbr rasa nak celebrate bday Auni nanti.

:)

Hmm mama agak busy lately, sbb tu dah lama x update blog Auni ni. Biasa la dah hujung2 sem, students pun dah nak final exam. Kelas mmg la dah takde, cuma struggle dok marking plak kan. Bertimbun2 atas meja ofis tu.


Owh back to the topic. Perkembangan Auni 11 bulan ni sgt2 memberangsangkan. Alhamdulillah ya Allah.

Auni dah slalu sgt menyebut patah2 perkataan. Walaupun tak clear apa yg dia cuba sebutkan tu, tp kdg2 terkeluar juga la perkataan2 yg kita familiar. Hehe tp paling obvious tu 'mama', 'papa' la.


Ttg makan plak, so far Auni tak cerewet bab mkn. Apa je kita suapkan, dia akan mkn. Cuma dia tak berapa suka biskut milna rusk tu. Maybe tak sedap kat tekak dia kot. Mcm nasi2, sume dia makan je. Kalau skrng msk bubur nasi kat dia, dah xpayah blend pun takpe. Dia dah boleh kunyah2 sendiri.
:)

Gigi masih lagi 4batang, 2 di atas, dan 2 di bawah. Sgt la suka menggigit mama&papa. Kat bdn papa penuh parut gigitan, cakaran. Semua 'hadiah' dari Auni.

:P

Owh, btw Aidilfitri lepas pun adalah pertama kali mama&papa sambut bersama Auni. Pengalaman yg sgt berharga. Mmg agak kelam kabut beraya dgn anak kecik, tapi happy. Syok je melayan kerenah Auni. Walaupun dia belum pandai main bunga api, belum pandai berjalan, belum pandai minta duit raya dan bersalam, tapi dah cukup rasa happy. Sgt mengujakan. Smpkan mama siap tempah baju kurung utk Auni 2 psg, baju kasual ada 3 pasang. 2 pasang beli, sepasang mamangah bg.
Tima kasih mamangah!

Okela, mama pun dah letih sgt, mama letak sekeping gambar raya Auni k.

:)




P/S: Plan utk birthday celebration Auni next month, insyaAllah.

18 August 2011

~ Auni 10bulan, 7 hari ~

Assalamualaikum.

11hb lepas Auni genap 10 bulan. Tapi, mama lambat update, sbb mls + byk keje. Alasan baik je kan. Hehehe..

Permulaan 10bulan Auni yg kurang best. Nak tau sbb apa??

Sebabnya Auni jatuh katil minggu lepas. Huhu. Perkara yg mama&papa takut2 dah pun terjadi.

Kisahnya camni, sepatutnya Auni akan tdo dalam baby cot. Tapi lately dia mcm tak pandai nak tdo sendiri. Kalau sebelum ni, letak je dia dlm baby cot tu, dia akan tido lah. Skrng ni, nak kena tepuk2 sket, baring bersama dia atas katil (katil mama&papa), baru dia akan lelap. Then baru bleh angkat dan pindahkan dia masuk dlm baby cot.

So malam kejadian, lepas dia dah lelap, mama sengaja xmau pindahkan dia ke dlm baby cot lagi. Saje nak tunggu dia nyenyak. Lagipun mcm kesian je, dia mcm sedap je tido atas katil kan. Mama pun susun la bantal keliling Auni, dgn harapan sebagai benteng la kan.

Tup2, dlm pukul 1pagi, time mama&papa masih asyik tgk TV, terdgr bunyi "gedebush", serentak dgn bunyi Auni meraung. Kuat sgt bunyi benda jatuh tu. Mama tak pk lain dah, terus jerit kat papa "Auni jatuh katil"!! Padahal tak pi tgk lagi apa jadi, dpt agak dah..

Papa pun berlari masuk bilik, tgk Auni dh atas karpet kt lantai dlm keadaan mengiring.

Auni nangis teruk juga la. Ye la, sakit kot weh. Yg mama sedih smp ikut nangis tu sbb mama tgk hidung dan mulut Auni berdarah. Mama panik sgt time tu. Siap rampas Auni dari pelukan papa. Konon nak tenangkan Auni la kan.

Ya Allah, tak dpt digambarkan mcm mana perasaan mama&papa time tu. Sedih sgt tgk Auni dlm keadaan kesakitan. Rasa mcm nak transfer sakit dia tu kt mama.

Hati mama ni berdebar sgt kot2 ada efek kat tulang dia ke apa ke kan..

Auni smp tersedu2 lah lepas dah stop nangis tu. Mama suap susu, dia minum. Kira alhamdulillah la kan, rasanya takde yg serius la kan. Lepas minum susu, mama&papa try picit kaki tgn dia, sume oke je. Kalau dia sakit mesti nangis kan..

Syukur sgt takde apa yg serius, cuma hidung dan mulut berdarah sket. Mungkin sebab dia jatuh muka dulu. So hidung bergesel dgn karpet. Mulut lak sbb kena gigi dia kot. Alahai..

Since dari kejadian tu, mama&papa lebih berhati2 lah. Dan slalu je memantau keadaan kesihatan Auni, aktif ke tak dia. Takut ada efek kat otak ke kan..

Hmm, anak tgh membesar ni, mcm2 lah kan. Auni plak dok galak memanjat sana sini. Dah byk kali dia jatuh terlentang masa memanjat kusyen. Kdg2 tu rasa mcm dah amek langkah berjaga2 dah. Tp dlm beberapa saat, jadi juga. Yela, takkan nak halang dia dari memanjat2 kan. Itu kan slh satu perkembangan dia, dan dia nak belajar explore kan.

Mama&papa cuma kena lebih perhatian kat Auni la. Takleh lepa dah skrng.



P/S: Bertambah manja la si tecit Auni nih. :)

12 August 2011

~ 10 Bulan ~

Assalamualaikum.

Happy 10months my dearest Auni.. Mama sayang Auni.

:)

Every months never miss counting. Hehe. Biasa la anak sulung, terujanya lebih kan.. Walaupun Auni baru je 10 bulan, tapi dah ramai yg dok tanya, bila mama nak kasi adik kat Auni.

Huhuhu..

Mungkin masih awal lagi kot Auni nak ada adik. Mama belum bersedia dari segi mental dan fizikal. So biar la Auni kekal menjadi anak tunggal buat masa skrng. Sekurang2nya dalam tempoh dua tahun ni.

Mama bukannya menolak rezeki, kalau Allah bagi rezeki tu dlm masa terdekat ni, mama terima. Cumanya kalau ditanya mama plan nak dptkan anak kedua ke, jawapannya tak lg la.

:)

Eh2 tercerita pasal mama plak. Sepatutnya pasal Auni la kan. Hehe.

Sejak dua menjak ni, mama realized yg Auni dah kurang selera terhdp nestum. Dia prefer bubur nasi. Dulu nestum 4 sudu besar tu abes la skali makan. Tapi skrng dua sudu besar je dia makan. Tapi kalau bubur nasi, laju je dia makan.

Tu pun tak payah blend dah. Lenyek2 je dgn sudu. Nanti Auni akan gonyeh2 guna gusi dan gigi 4 batang tu.

:P

Makin besar Auni, makin byk kerenahnya yg mama perlu bersbr. Tu la, baru sorg anak. Kalau dah berdua, bertiga, jenuh la mama. Huhu..


P/S: Auni kuat menyebai mcm mama. Huhuhu

05 August 2011

~ 9 bulan 3 minggu ~

Assalamualaikum.

Lamanya mama x update sini. Asik update blog mama sendiri je. Papa lg la, sejak create blog ni, ada la 2,3 kali je dia post entry.

Papa sibuk mengarang news so dah takde mood nak mengarang dlm blog.

:P

Lagi 6 hari Auni akan masuk 10bulan. Anak mama dah besar!

Alhamdulillah Auni sgt aktif (smpai kdg2 mama tension2 manja).. Kalau papa takde, pi keja, mama akan struggle nak masak lagi, mengemas lagi dan kepong Auni. Heee. Jgn taktau, Auni skrng dah pandai memunggah. Kdg2 mama dah kemas elok dah, sume toys dia mama masukkan dalam satu bekas khas.

Tup2, dia p punggah keluaq abes.

:(

Ruang tamu tu bersepah sbb dia je. Tu baru umo 9bulan++. Nanti kalau dah pandai berjalan, lagi teruk le gamaknya rumah..

Favorite place dia nak memunggah lagi satu adalah area rak TV. Mama ada susun majalah2 kat situ. Sbb rak buku dlm bilik dah penuh, so no choice, susun je kat situ. Akibatnya ada la a few magazines yg dah koyak rabak. Auni punya angkara.

Huhuhu.

Nanti ada plak cakap mama x pantau anak sendiri, sbb tu dia koyak abes sume majalah kan. Nope! Mama mmg la pantau dia, tp kdg2 baru pi dapur sat ja, mai balik kt depan tgk2 dia dh memunggah dan mengoyak majalah.

*_*

"Takpala, koyak la Auni, demi Auni mama sanggup."

~ Lalalalalala.. ~

Biasa la, dia tgh exploring kan.. So mama&papa tau la perkembangan dia normal.

:)

Pastu, bila letak dalam walker, lagi la panjang dia melangkah. Pantang mama gerak p dapur, dan2 dia pun ikut juga. Tambah2 skrng dia dah pandai control walker tu. Kalau mama kat sinki, dia pun mai kat sinki juga. Huhu..

Dah 2,3 kali mama perasan, dia suka sungguh pi kat rak pinggan. Dia dok p amek mug kat situ. Aritu mama perasan, dia dah siap angkat mug tu. Padahal mug kan agak berat, kang kalau jatuh timpa kaki, jenuh mama. Nauzubillah la kan..

Bukan apa, risau laa bila dia dok mai dapur, kdg2 mama tgh menggoreng kan, takut plak minyak terpercik ke apa ke. Huhuhu..

Tu yg penah skali mama buka puasa lambat. Sbb dok kepong Auni la. Papa plak time tu keja. So dok kalut masak sambil control Auni. Last2 azan magrib, just minum ayaq ja dlu. Hehehe.

Tapi, kalau mai mood dia oke, dia akan duduk diam saja, tgk tv.

Tak kisah la kan, anak tgh membesar, mmg camtu la kan.. Terima ja la dgn sbr, amanah Allah tu kan.

:)



P/S: ~Bila dukung pun dia takmoh dok diam2~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...