13 November 2011

Diari Papa ~ Day 2

Baru dua hari mama tiada, rasa macam dua tahun... Hari ni merupakan hari yang paling mencabar kerana si tecit Auni demam, aku pun demam sama. Boleh di katakan hampir 24 jam dok dalam bilik jer, jelum kepala Auni dengan air asam jawa.. Orang kata baik untuk keluarkan panas dalam badan so aku cuba laa..

Pagi Auni bangun dengan ceria, tapi tak lama. Lepas mandi, main2 kat ruang tamu dia mula merengek. Pegang badan dah panas, terus bawak masuk bilik dan jelum kepala... Masa tu tak tau nak buat apa... Panas badan makin naik, so dalam kul 4 petang aku terpaksa bawak Auni ke klinik..

Masa kat klinik doktor pesan jangan amalkan sangat 'ubat peluru' sebab boleh menyebabkan hati rosak.. Terkejut gak aku, nasib baik la hari ni belum lagi bagi ubat tu. Dia kata untuk cepat baik kena bagi ubat makan juga... Okla, apa boleh buat walaupun pengalaman sebelum ni Auni akan muntah bila masuk ubat ikut mulut.

Jam 8 malam, buat pertama kalinya nak 'sembur' ubat demam guna picagari dalam mulut Auni. Siap dok dalam toilet sebagai persediaan kot muntah.. TAPI, si tecit tu macam suka pulak.. Siap isap2 lagi picagari tu walaupun masa 1st shot ada tanda2 nak muntah. Syukur sangat Auni dapat makan ubat... Bukan satu tapi 3 jenis, demam, batuk & selesema dan antibiotik....

Lebih kurang pukul 9 malam Auni tido mungkin sebab lalok ubat kot... Bermulalah episod menguruskan diri pulak... Demam dan tak lalu makan... Nak makan ubat kot lalok pulak sampai tak sedar kot Auni nangis.. So aku pun makan buah-buahan saja.... Dalam kul 10 camtu, tekak dah loya, perut dan bergelodak, uuuwweeeekkkkkkkkk... Aku muntah pulak... Badan lemah, terus masuk bilik join Auni tido....

~ Banyak belajar erti kesabaran dan kesusahan menguruskan rumah dan anak, tima kasih mama sebab tak pernah merungut selama ni..


12 November 2011

Diari Papa ~ Day 1

Tarikh 11.11.11, maka bermulalah kehidupan aku sebagai 'papa tunggal' selama dua minggu disebabkan mama terpaksa ke Perak mengikuti kursus. Selepas mama bertolak kira-kira jam 10.30 pagi, tinggallah aku dan dan si tecit Auni... Masa tu kira okey lagi, everything under control. Selepas mandikan Auni, makan nasi minum susu dan tidurkan dia, aku pun take over la keja2 mama, basuh pinggan mangkuk, kemas mainan Auni dan siapkan barangan dia untuk ke sekolah..

Jam 2 petang, dengan berat hati aku hantar Auni ke sekolah kerana ada tugasan lain.. Selesai kerja aku jemput Auni lebih kurang 7 malam... Episod kelam kabut pun bermula kerana deadline aku semakin hampir, kurang sejam untuk siapkan dua story liputan lawatan kerja Yang di-Pertuan Agong ke Melaka. Masa yang sama Auni merengek nak susu, nak didodoikan... Selesai uruskan anak dara pengarang jantung, aku sambung kerja macam lipas kudung dan everything settle on time...

Malam pun menjelma, seperti biasa susukan Auni, layan dia main kat ruang tamu dan jamu nasi. Lepas semua selesai, giliran aku pulak nak 'mencekik' selepas seharian sebutir nasi pun tak masuk dalam perut.

TIBA-TIBA, gelak ketawa, rengekan manja si anak dara hilang, suasana sunyi, hanya suara kartun BabyTV jer kedengaran. Paling belakang rupa-rupanya, buah hati pengarang jantung dah tertidur masa bermain doll dia. Kesiannya anak papa, letih main kat sekolah kot...


Selesai makan, angkat la si puteri tu masuk bilik... Selesai lagi satu bab...

Kucupan kasih sayang hinggap di pipi sang puteri dengan iringan doa semoga ceria apabila menjelang pagi seceria mentari. Seperti biasa, jam 4 pagi rengekan si tecit memecah kesunyian minta disusukan sebelum kembali beradu.

Jam 7 pagi tiba-tiba badan aku terasa panas, buka mata kelihatan si tecit baring di atas badan aku. MasyaAllah, panas sungguh badan... Cepat2 aku capai termometer dan check suhu, 39.3 o celcius... Hampir demam panas.. Tidak melengahkan masa, aku sumbat 'ubat peluru' dalam bontot Auni... Alhamdulillah, kira-kira 2 jam selepas tu suhu menurun... Hati kecil berkata, mungkin Auni rindukan mama sebab selalu tidur bertiga, mama, papa dan si tecit Auni...

~ Tak sabar rasanya menunggu kepulangan mama...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...