25 February 2011

~ Malam-malam ~

Assalamualaikum.

Kononnya mama nak buat keja la malam2 gini. Sekali, sangkut dgn papa dok melayan si tecit Auni.

:P

Jom layan!




P/S: Tak siap la keja mama nih.

24 February 2011

~ Syukur padaMu ~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

:)

Dipanjatkan rasa syukur yg tak terhingga padaNya.

Kadang2 sesaje, kami bertiga (mama, papa & Auni) dok golek2 atas katil. Syok spent masa sesama.

Dan terdetik kat hati, betapa bertuahnya dan bersyukurnya sbb diberi peluang olehNya utk memiliki sebuah family yg cukup lengkap. Lahirnya Auni menjadi pelengkap kpd ikatan percintaan di antara mama & papa.

:)

Rasa bahagia bila tgk Auni membesar dari hari ke hari.

Bila tgk dia mengekek gelak, mama & papa pun tergelak sekali. Heee..

Dan sekarang ni, bila mama tgh sembang2 dan gelak2 dgn papa, Auni pun mesti tergelak sekali. mcm faham je ye mama tgh cite apa kt papa.

:P

I'm very happy!


P/S: Kurniaan dariNya.

18 February 2011

~ Meniarap Sudah ;) ~

Alhamdulillah.

Dipanjatkan rasa syukur yg tak terhingga sbb masih diberikan peluang utk mengikuti setiap fasa perkembangan si tecit Auni.

:)

Hari tu genap Auni 4 bulan 1 hari, Auni dah berjaya meniarap sendiri. Sebelum2 ni dia masih dlm mode percubaan. Heee. Sebelum ni asik mengiring2, then reyau (nangis) seround dua, tapi x juga berjaya meniarap.

Hari Sabtu minggu lepas, time mama solat Zohor, mama tinggal Auni kat atas playpen dia. Biaq dia dok main sorg2. Senyap ja, takdak bunyi. So pas bagi salam, mama teruih toleh belakang, nak tgk la Auni dok buat apa.

Tgk2, jeng3..



Auni dah bleh meniarap!

Yeayyyy!

Syok tak terkira rasanya. Siap jerit2 panggil papa suh tgk Auni meniarap. Hihihihi. Seolah2 diri sendiri plak yg berjaya meniarap.

:P

La ni, asal tinggai sat ja Auni, meniarap ja la dia. Kdg2 tu dia tgh tidoq, tup2 bila kita p tgk, dah dok meniarap dah. Bila masa bangun pun taktau la. Hohohohoh.

Nak sapu lotion, nak pakaikan diapers, baju pun dah jadi challenging sekarang. Sbb pantang leka sket, meniarap la dia.

Aktif sungguh Auni ni.

:D

Pastu byk cakap plak tu. Cakap sket, then gelak. Apa entah yg dia suka. Hehehe. Sonot sgt mama & papa tgk keletah Auni ni.. Moga2 mama & papa panjang umoq, nak tgk Auni smp besaq. InsyaAllah.

:)



P/S: Mama & papa sgt syg Auni.

11 February 2011

Ada Apa Dengan Cinta

Ada apa dengan cinta?

Apa itu cinta?

Ungkapan soalan yang berlegar di mindaku sejurus tersedar dari tidur apabila dikejutkan dengan hentakan kuat kaki si tecit Auni di atas tilam dan disusuli sayup-sayup suara azan subuh yang telah hampir ke penghujung.

Melihat mama di sebelah kiri yang masih dibuai mimpi dan si tecit Auni nyenyak di katilnya di sebelah kananku membuatku tersenyum sendiri.

"inilah yang dikatakan cinta?", bisik hatiku.

"sejuknya, best betul tidur ni", bisikan yang terngiang-ngiang di telingaku yang sudah pasninya syaitan yang cuba menghasut.

Namun ku gagahi jua biarpun tilam empuk itu seolah-olah menarik-narik tanganku untuk terus bermadu asmara bersamanya.

"tak boleh jadi nih, kalau layan mau hanyut aku sampai matahari naik", kata-kata semangat yang terbit dari hatiku.

Demi cinta kepadaNya, godaan syaitan awal dini hari ini nampaknya tidak berjaya. Mungkin makhluk yang diciptakan Allah dari api itu 'frust' kerana operasinya pagi ini tidak membuahkan hasil dan sudah semestinya mereka tidak akan berputus asa dan terus berusaha untuk menyesatkan anak cucu adam.

Masih teringat kata-kata seorang ustaz dalam siri bual bicara yang disiarkan di kaca televisyen bahawa iblis dan syaitan telah berjanji kepada kepada penciptaNya bahawa mereka akan terus menyesatkan anak cucu adam sehinggalah pada hari nyawa terpisah dengan jasad.

Langkah pertama dimulakan dengan perasaan bangga dapat menewaskan godaan syaitan dan sempat menguncup dahi mama sambil berbisik kata cinta ditelinganya.

"cepat bangun subuh", kataku dengan nada manja tanda cinta kepada isteri tersayang.

Sempat juga aku memindahkan si tecit Auni dari katilnya ke katil bersaiz Queen disisi mamanya yang sedang mengeliat seolah sedang bertarung dengan tentera-tentera syaitan yang sedang menyerangnya dari segenap sudut.

"Allahu Akbar", lafaz takbir yang sekaligus membakar syaitan-syaitan yang masih bergantungan di badan ku.

"Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh", salam kedua dilafazkanku selepas selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

Seraya aku menadah tangan, memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Berkuasa sebagai tanda cinta dan kasihku kepadaNya.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ya Allah Ya Tuhanku, Engkaulah Maha Berkuasa, Engkaulah Maha Pemurah dan Engkaulah Maha Penyayang. Engkau tetapkanlah rasa cinta, kasih dan sayangku ini terhadap isteriku Siti Nasarah dan anakku Auni Irdina seperti mana cintanya Engkau kepada Nabi Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Ya Allah, berikanlah mereka kesihatan yang baik dan murahkanlah rezeki kami seluarga ..... , Amin", lafazku dengan rendah diri di hadapan Maha Suci Allah.

Langkah kembali diatur ke kamar tidur melihat si tecit Auni sedang berusaha meniarap tetapi gagal. Melihat keletah sang puteri itu, bibirku mengukir senyuman dan terus menghadiahkan satu ciuman mesra tanda cinta kepada anak sulungku.

Sedang memujuk diri untuk tidur kembali, fikiran kembali di awangan.

"cinta ada macam-macam",

"cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada isteri dan anak, cinta kepada kepada ibu bapa, adik beradik dan cinta kepada tanah air", aku bercakap sendirian.

Setiap jenis cinta itu ada keistimewaan sendiri dan ada cara tersendiri untuk kita mendapatkan cinta itu. Cinta sukar untuk didefinisikan dengan perkataan mahupun kata tetapi mampu memperolehinya dengan perbuatan.

Teringat bait sajak Parsi yang dideklamasikan oleh dua wanita dalam filem Ketika Cinta Bertasbih,

"cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mangubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta",

"dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan".

"uuweeekkk", lamunan aku terhenti dan mata yang kuyu bersiap sedia untuk beradu kembali segar bugar dek jeritan si tecit Auni mahu disediakan sarapan pagi.

"ok, sabar Auni, papa tengah buat susu ni", pujukku.

"bancuh 6 skop tau, Auni lapar tu sebab semalam muntah", pinta mama yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja.

10 February 2011

Ceritera Cinta Mama

"Ayik mama je update blog nih, papa bila plak", monolog aku sendirian.

Takper la, sebab mama ada kebolehan dan kemahiran mengarang artikel genre santai, diari style dan yang berkisar tentang kehidupan. Tengok saja la blog mama yang satu lagi di <sini>, mama mampu mengulas panjang lebar apa jua isu khususnya yang berkisar tentang kehidupannya.

Aku pula tak berapa pandai menulis genre macam mama, mungkin disebabkan cara hidup, latar belakang dan jantina kot.

Seingat aku yang telah mengenali mama sejak zaman diploma, mama suka baca novel dan selalu meletakkan dirinya sebagai salah satu watak dalam novel yang dibacanya. Kadang kala sampai terbawa ke alam realiti. Ini la salah satu sebab mama mampu untuk menghayati pembacaannya dengan berkesan.

Tak macam aku yang sukar untuk menghayati sesuatu karya kerana terlalu bersikap 'mengkaji' daripada menghayati. Mungkin inilah sebab aku selalu berhadapan dengan 'writer's block' iaitu situasi dimana aku ingin menulis tetapi seperti ada 'tabir' yang menghalang.

Untuk menghabiskan sebuah novel pun makan bulan sebab asyik mencari dan memahami fakta daripada rentak yang cuba disampaikan oleh penulis...

"takper la, ni la yang dikatakan 'lengkap melengkapi' dalam kehidupan"

"mesti bosan kalau pasangan memiliki apa yang telah kita ada, tak akan ada la 'knowledge exchange' dan fikiran tidak akan berkembang", bisik hatiku.

Masa berganti masa, hari berganti hari, bulan berganti bulan. Ini bermakna tangga usia juga turut berganjak. Terasa seperti baru semalam aku mengenali, rapat, bercinta dan berkahwin dengan mama.

"pejam celik, pejam celik dah lebih tujuh tahun hati ku telah dimiliki oleh mama", bicara hatiku sambil mulut menguntum senyuman.

Pernah menjadi tajuk perbualan dizaman percintaan ku dengan mama, "nanti kita kawin nak anak berapa orang"?, soalan klise zaman muda mudi.

"paling banyak 4 orang cukup la kot", balas mama dengan jawapan yang juga klise.

Alhamdulillah, sudah lebih setahun aku dan mama mendirikan rumah tangga dan pelbagai pahit jerih yang menjadi rencah kehidupan berjaya kami harungi bersama. Dan sudah semestinya kehadiran si tecik Auni menjadi pengerat hubungan kami sekeluarga.

"terima kasih mama sebab bukan sahaja menjadi isteri yang memahami malah menjadi kawan sejati ku", bait ikhlas yang terbit dari hati tika mata melihat gambar majlis perkahwinan yang tergantung di dinding.

"kring, kring", alarm yang telah aku 'set' di telefon bimbit bersuara yang telah sekaligus menyedarkan aku dari dibuai kenangan indah.

"aduh, dah dekat pukul 6 petang, cepat betul masa berlalu", rungutku sambil memegang kepala yang berpusing-pusing akibat tekanan darah rendah yang menyerang aku sejak dua hari lalu.

Mama masih di tempat kerja, si tecit Auni pula berada di 'sekolah'.

"ok Auni, papa datang jemput pukul 6.30 petang ok", aku bermonolog girang sendirian kerna tidak sabar untuk melihat senyuman si tecit yang berpipi labuh itu.

Mama pula akan pulang pukul 7.30 malam dan sudah tentunya mama pun tidak sabar untuk melihat keletah si tecit Auni.

Tapi jauh di sudut hati mama tersembunyi perasaan gembira yang tidak terhingga untuk melihat wajah suaminya yang tersayang....

~ Rezeki Masing-masing ~

Hye!

Esok Auni cukup 4 bulan.

:)

Alhamdulillah, mama & papa are so happy for u dear!

Tah dah berapa berat Auni sekarang. Masa 3 bulan aritu dah 5.9kg. Mungkin dah cecah 6kg lebey kot. Apapun takpe, janji anak mama & papa ni sihat sudah..

Perkembangan Auni sekarang, masih belum boleh meniarap. Tapi mengiring tu dah selalu. Dia ada usaha utk meniarap, cuma belum berjaya lg je. Bila tak berjaya, mula la meraung2. Heee.. Penah la juga papa tlg tiarapkan dia lps dah tak tahan dgr dia meraung kan (ada je org ckp tak bley tlg.. huhu), dia dah bley angkat kepala tinggi2.

Kepala Auni dah keras!

Tapi, tu la.. Nak meniarap sendiri je tak boleh2.

It's not the time yet kot.

Sabar ye mama..

Heee..

Bkn apa, kdg2 sembang2 dgn kawan2 lain, anak2 dorang ada yg 3 bln dah bley meniarap. Auni plak masih belum berjaya kan.

Rezeki masing2 la kan.

Setiap babies, perkembangan dorang lain2. So do not expect our baby will achieve sth' at the same age like others kan.

Rileks sudah.

:)

Sekarang Auni pun dah mula kenal mama & papa. Kdg2 masa tgh nyusu dia, dia tetiba dongak kepala tgk muka mama. Tersentuh hati time dia buat camtu. Huhuhu..

Sebak plak bila tgk perkembangan dan tumbesaran anak dpn mata..

Sob sob!


P/S: Tetiba rasa tak sbr nak raya tahun ni, nak pakaikan Auni dgn baju kurung. :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...